Pages

Friday, March 11, 2011

Siri Rekreasi: WhiteWater Rafting

Masa: 15 Januari 2011
Lokasi: Sungai Kampar, Gopeng, Perak


sambungan dari sini 

Akhirnya aktiviti yang ditunggu selame ni tiba jua. White water rafting, apelagi yang boleh dikata, memang best! Aktiviti yang menjanjikan pengalaman yang mendebarkan. Anda tidak akan mampu memastikan ape yang bakal berlaku, bila-bila masa anda boleh jatuh dalam air, bila-bila mase bot anda boleh terbalik. Tapi dengan setiap langkah keselamatan diri yang diaplikasi, anda mampu merasai pengalaman yang akan anda kenangi sepanjang zaman.

Whitewater rafting di Sungai Kampar ini dikendalikan oleh riverbug. Dari Felda Residence Trolak, kami diangkut dengan bas ke kawasan rekreasi Gua Tempurung di Gopeng. Di situ team riverbug sedia menunggu dengan lori untuk angkut kami ke starting point pula. Perjalanan di atas lori secara beramai-ramai seakan-akan mengangkut PATI itu melalui kawasan kampong selame 15 minit. Sejurus sampai kami diberi taklimat sebelom turun ke sungai seperti paddling commands, paddling skills, capsize drills, dan juga aksi menyelamat.

 






Berbanding whitewater rafting di Sungai Sedim, di sini lebih banyak command dipraktikkan. Antaranya seperti boomboom, hold on, back to job, serta hi-5 selain yang biase seperti forward dan backward. Sepanjang ekspedisi sungai sejauh 7 km ini, pelbagai jenis rapids kami tempuhi yang bergred antara 1 hingga 3 dan sesuai untuk beginner yg baru nak cuba ceburi aktiviti ini.

hi-5!
Sepanjang perjalanan juga seperti diramal, ade juga peserta yang terjatuh dari bot. Beberape bot juga terbalik bukan kerana disebabkan arus sungai tetapi dibuat oleh skipper yang saje menganiaa kami serta bagi mendapatkan fun yang maksimum.


Setelah 2 jam menysur sungai, kami pon sampai di ending point. Sebelom naik ke darat, sempat kami praktikkan aktiviti water confident dengan cara berpaut pada bahu rakan mengikut arus sungai.

Sejurus naik ke darat, kami menikmati makan tengahari yang disediakan sebelom balik ke Trolak dan kembali semula ke Shah Alam pada petangnya.




 

Jadi kepada anda yang masih mencari2 aktiviti luar yang mampu mamberi kepuasan maksimum, jangan teragak-agak untuk cuba water rafting ni. Anda takkan menyesal..

5 comments:

  1. wohooo..best nih! nnt try kt KKB plak. alang2 p sg chilling tu..bley la survey.

    ReplyDelete
  2. hah..xtau lgsg kt mne yg kt kkb tu
    lgipon yg g ni sbb diponsor je
    klo byr sndiri kne pkr 2 kli gk la kot..huhu

    ReplyDelete
  3. best best! Aku tak pernah coba lagi mende alah ni teringin nak coba.

    ReplyDelete
  4. zazaw,
    blh thn la
    tp sini jeram rendah2 je
    ssuai utk first timer

    Janggel,
    da coba sndiri nnt br tau cmane kn
    so sile coba

    ReplyDelete