Pages

Saturday, February 5, 2011

Siri Rekreasi: White Water Rafting


sambungan dari SINI

Akhirnya aktiviti yang paling dinanti tiba jua; white water rafting di Sungai Sedim, sebuah aktiviti yang menjanjikan pengalaman menarik untuk dibawa pulang. Tak sah aktiviti ni tanpa jatuh dalam air, bot terbalik (capsize) atau pengalaman genting bot menjunam dari jeram yang ektrem itu. Di Sungai Sedim, jeram di sini boleh dikatakan yang terbaik di Semenanjung Malaysia dengan menawarkan rapid sehingga gred 4. Kira berbaloi anda keluarkan sebanyak RM150 untuk aktiviti ini.


Pukul 9 pagi kami berkumpul di starting point. Aktiviti pertama adalah water confident untuk melatih peserta supaya dapat mengawal diri ketika di dalam air. Kami dikehendaki terjun ke dalam sungai dari ketinggian 5 meter dan cuba mengapungkan diri dengan bantuan buoyancy aid (BA) dan seterusnya meminta bantuan untuk diselamatkan oleh rafter yang menjaga kami. Cara menyelamat adalah dengan melontarkan segugus tali untuk dipaut oleh kami.


Disebabkan kekurangan bot, aktiviti ini dilakukan dalam 2 trip yang setiap satu mengambil masa hampir 2 jam. Aku serta 3 orang lagi peserta iaitu Yamin, Man dan seorang gadis berjiwa kental, Ika adalah daripada 4 buah bot untuk trip pertama. Bot kami dibawa oleh skipper Kalam, yang dicop skipper mental oleh rakannya. Pelajaran pertama ketika memula naik bot adalah membiasakan diri dengan arahan dari skipper seperti forward, backward dan juga boom. Tidak dilupa juga permainan perang air menggunakan paddle sesame kami.

geng rafting diraja!

Rapid pertama kami merupakan jeram yang biase saje. Selepas melalui beberape rapid bergred 2 dan 3, sampailah kami ke jeram yang tertinggi di laluan ini yang bergred 4. Terjunan pertama adalah menggunakan kayak oleh jurulatih di sini. Sampai ke giliran kami, perasaan berdebar-debar kian kemuncak. Untuk terjun di arus deras jeram berketinggian dalam 2 meter itu sangatlah mencuakkan tapi aku tetap teruja.



Untuk bot kami, tiada anggota yang terjatuh mahupon bot capsize. Tapi bot selepas kami itu ade jugak sorang terjatuh gara-gara sibuk berposing untuk kamera tanpa sempat berpaut pada tali bot dengan kuatnya. Pengalaman terbaik bagi dia. 

Kemudian kami teruskan menyusur sungai untuk menghabiskan sume 10 rapid yang terdapat di laluan sungai sepanjang 2 km ini. Di sesetengah tempat, terdapat juga sedikit masalah apabila bot tersangkut di celah-celah batu akibat air sungai yang rendah ketika ini. Sedikit meletihkan juga untuk cuba melepaskan bot dari batu-batu tersebut.

Bot kami juga telah berlaku capsize yang disengajakan oleh skipper Kalam. Tujuan utama adalah untuk mengenakan satu-satunya gadis di bot kami itu. Selepas sahaje terjatuh ke dalam air, kami bergelak sama-same kerana aksi kami berjaya dengan jayanya.


Aktiviti white water rafting di Sungai Sedim berakhir di sebuah kawasan perkhelahan orang ramai. Selepas memindahkan bot ke dalam lori untuk trip ke-2 plak, ade yang sempat membuat terjunan bebas ke dalam sungai sebelom kami kemudiannya kebosanan menunggu dan membuat keputusan untuk berjalan kaki balik ke campsite.

Petang itu kami habiskan masa dengan bersiap untuk balik semula ke Shah Alam. Ade juga yang sempat melelapkan mata di campsite dan juga dalam hammock yang dibawa sendiri.


Sekitar pukul 6 petang kami yang sudah bersiap berkemas pon menuju ke bas yang sedang menanti di parkir. Dan kami sampai semula di Shah Alam pada 3.30 pagi 2 Februari 2011. Sebelom sume pulang ke kediaman masing-masing, kami sempat membuat post mortem untuk aktiviti kali ini. Pelbagai penambaikan diutarakan oleh peserta untuk aktiviti akan datang. Tidak sabar rasanya menanti aktiviti lain yang bakal kami sertai nanti. Ape yang paling penting adalah kami enjoy!


***Ekspedisi Tammat***


sumber gambar: Geng Kresma

15 comments:

  1. perghhh.. mencabar giler...
    mmg ekstreme abis!

    ReplyDelete
  2. mmg mencabar mental dan fizikal.teringin nak join tp ade eorg senior tak galakkan sebab kesihatan.agak2 org berpenyakit asma boleh join tak? sebab bila tracking dalam hutan panjant bukit gunung tak ada problem pun.



    minta pendapat dari ko?

    ReplyDelete
  3. wallaweh..adventurous habes. aku tak penah lagi water rafting. dlm situation aku skrg ni, nampaknya aku layan keterujaan ko je la kot.. jeram tertinggi utk gred 4 tu brp meter, Al?

    gambar dalam hammock serius klakar

    ReplyDelete
  4. Solihin Zubir,
    blh la..hah

    beautiful_rose,
    maaf sbb ak pon bkn tau sgt nk bg pndngn dlm hal ni
    yg pasti snior tu btul bl x galakkan

    tp ak igt blh je klo nk rase bende ni
    cume prlukan lbh lgkh berjaga2 drpd guide yg bawak tu spaya nnt tndakan bntuan dpt dibuat sgere klo tjd ape2
    lgpon bende ni xde la ekstrem sgt
    kite nk feel je kan

    Dark,
    jeram tu dlm 2 meter je
    tp sbb air sikit so arus dia x brp kuat
    nk tgk yg arus deras ade kat Sg Padas,Sabah
    yg tu bot blh capsize bl2 mse n dikatakan rapid terbaik di asia tenggara

    tdo dlm hammock 4 tingkat tu?nk wat cmane,dorg da biase wat camtu...

    ReplyDelete
  5. ┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
    Wish you healthy always
    ┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    sungai sedim rupanyerrr... mmg popular aktiviti kat sana tu.... berbaloiii pergi

    ReplyDelete
  6. eh..AI ni org kedah ke???jap2..sedim kat kedah ke penang..hahahha...xpela..janji utaqa an..haha

    ReplyDelete
  7. Afzainizam,
    berbaloi-baloi!

    nekmo,
    kita suka kedah wlaopun bkn org kedah..haha
    sedim ni kat daerah kulim tp dekat ngn baling,so konfem utagha gak la cmane pon..

    ReplyDelete
  8. macam best je naik 'bot?' ke org pgl.aku pn xtaw.ahakss best sukan extreme ni.
    i wish i had one

    ReplyDelete
  9. org panggil bot getah je kot,ntah..

    try la,byk tmpt ade,kkb,gopeng pon ade
    tp kat klate xdop la

    ReplyDelete
  10. suka tengok sukan ekstrim, tapi tak berani coba

    ReplyDelete
  11. salam bro;

    huaaaaaa best la whitewater rafting ni..aku dari dulu teringin nak cuba tapi tak dapat2 hahaha.
    Anyway nice entry!

    ReplyDelete
  12. Imanshah,
    mgkn satu hari nnt akn cube gk,sape tau..

    Ezrol,
    kayak pon blh ape lalu arus deras camni
    haha

    Janggel,
    wassalam
    ptut mse g sabah aritu trus je try kat sg padas
    konfem x mngecewakan

    ReplyDelete
  13. hulamak...nais bro..satu catatan atau log yg baik..huhu..pas ni rjin2 la join kresma lg k..enjoy..!!

    ReplyDelete
  14. tq Anon,
    insyaAllah akn trus join..

    enjoy!

    ReplyDelete