Masa: 14 - 16 Januari 2011
Lokasi: Sungkai, Perak
Sungguh lewat aku up entri ni. Pada mulanya ingat nak tunggu sume gambar dah ade baru post entri ni, tapi apakan daya gambar yang ditunggu tidak jua muncul. Gambar yang aku maksudkan adalah gambar untuk aktiviti utama program ni iaitu whitewater rafting. Haa...akhirnya setelah bermusim aku tunggu nak wat aktiviti nih, dapat jugak aku rasa. Tapi sebab gambarnya belom dapat lagi, terpakse la menunggu lagi untuk entri yang lain nanti.
Ok sejujurnya ni first time aku buat aktiviti di sebuah resort yang mewah, sebelom ni camping duk dalam khemah je, paling mewah pon dalam chalet berkipas dinding. Tapi kali yang ni, masyuuukkk..bilik ber air-cond, hidangan bufet, dan paling utama tentulah sumenye disponsor!
Mula-mula aku dengar perkataan Felda Residence, aku ingat kat Pahang, sebab sane banyak felda. Tau-tau kat Perak rupenya. Pastu da sampai di resort tu, bila bace kat dia punye browser baru tau Felda Residence ni ade banyak lagi cawangan kat seluruh Malaysia. Yang kitorang pegi ni kat Felda Residence Trolak dan Felda Residence Hot Spring kat Sungkai.
Kat sini, malam pertama lagi dah buat aktiviti night walk. ciss. Baru nak bersenang lenang atas katil empuk dalam hawa dingin bilik ala hotel, tetibe kene suh masuk hutan plak malam-malam. Folo je lah seadanya. Takde pape yang menarik pon night walk ni, selain dengar suare pompuan terjerit skali skala sebab tersadung akar pokok atau tergelincir, cume bende biase aktiviti berjalan dalam gelap gelita sambil beriringan dalam satu kumpulan 5 orang, berpandukan tali sampailah ke titik akhir. Sume selamat. Tidak ade ahli kumpulan yang terkurang ataupon yang terlebih. Awal2 tu guide da bagitau klo kuar lebih, dia pon tak mampu nak anta balik. haha
Hari kedua adalah white water rafting, yang naik bot getah menyusur sungai berarus deras tu. Memang best tapi sebab gambar xde, cite len kali je lah. Lepas balik rafting, buat obstacles lak. Masa nak wat obstacle tu, kene wat aktiviti hand lock dulu. Aktiviti ni memerlukan peserta melepaskan tangan-tangan yang berselirat antara peserta supaya dapat membentuk satu bulatan. Benda ni mudah je sebenarnya tapi sebab mase tu pikiran pon serabut macam tangan yang diserabutkan oleh guide tu, maka kita rase susah nak solvekan. Tapi last2 boleh je.
Malam tu macam biase untuk program macam ni, persembahan oleh peserta. So lepas wat persembahan, sape yang menang dapat la hadiah. Yeaaaa. Lepastu balik bilik trus tido dengan lenanya.
Pagi besoknya ade ceramah motiwasi, blablabla.....Lepas makan tengahari, gerak ke hot spring untuk aktiviti terakhir sebelom balik. Dekat je pon, tak sampai 10km pon, naik bas so rase dekat la, bukan jalan kaki ye.
Baru tau rupenye dekat kawasan kolam air panas pon ade kolam air sejuk, haha. Siap ade pancutan lagi. Dan gelongsor. Walaupon sume badan besar gedempal, kami main je gelongsor kat situ yang aku rase disediakan untuk budak-budak je. Lepas tu beralih ke kolam air panas lak, berendam dalam tu. Mula-mula masuk tu, uishhh tetibe satu anggota badan tu panas semacam je rase,tapi lame2 ok. Ohh kat sini pon boleh rebus telor tau.
Sebelom berakhir lawatan, kami ke tempat terapi plak, terapi kaki je pon. Berendam kaki dalam kolam tu. Relaxxxxx....
Oh itu di kampung ku itu hehehe
ReplyDeleteooo duk situ ke
ReplyDeleteso slalu mandi kat kolam air panas la ni kn
haha tak la dekat sangat dalam setengah jam nak ke situ..heheh. penah pg sekali jer kolam air panas tu
ReplyDeletewahhh...heaven btol korang...bila lagi misi mendaki?
ReplyDeleteJanggel,
ReplyDeleteOwh dkt la jgk
ok la da pegi
xkn nk kne slalu pegi je kn
kena bayar tiket lg kn
klo msuk free blh la nk slalu pegi mcm kitorg ritu..hehe
Dark,
hahah..luck je dpt join tu
hmmm..hjg mggu ni ak g naik gng bintang lak,kat kedah
nice place
ReplyDelete