Hasil dari keboringan tahap melampau pada hari Divali yang lalu, yang siangnya aku hanya terperap kat lab, lalu malamnya aku dengan selamba bergerak ke Jusco Bukit Raja. Buat ape? Ya, di kalangan budak-budak UiTM Shah Alam, sinilah tempat yang paling dekat dan sudah tentunya paling menjimatkan masa untuk berhibur dengan menonton wayang, selain shopping.
Tanpa pedulikan cerita ape yang tengah hot skrang ni, selepas saje maghrib aku redah kegelapan malam ke tempat yang dituju bertunggangkan kenderaan dua rodaku. Aku tak peduli walau aku sensorang, walaupon ade je kawan aku yang sedia diajak, tp demi keberlangsungan idup akibat kekosongan ni aku teruskan misiku pada malam itu.
7.40 malam, aku sampai di TGV Bukit Raja. Ushar-ushar tajuk movie yang bakal aku tengok dekat skrin, ahh sumenya aku tak familiar. Cari-cari Inception, ohh dah takde. Begitu ketinggalannya aku. Tengok lagi, teet. Ade jgk akhirnya. Enthiran. Macam penah dengar dulu. Orang duk cite macam bes. Ade Rajinikanth, hero tamil sepanjang zaman, dan Aishwarya Rai sebagai nilai tambah. Humm bole gak. Apalagi, gi dekat kaunter, terus beli.
*****************************
Bile je aku melangkah masuk bilik pawagam, dimasa lampu masih lagi terang benderang, aku tengok sume orang dalam tu, ehh, sumenya hampir same, kecuali aku. Terase terasing di situ. Ya, mungkin aku sdikit lupa, aku akan tengok cite tamil, dan akhirnye aku senyum sensorang, apelah nasib badan.
Dalam nak duduk kat seat aku, yang sebelahnya adalah seorang uncle, dan sudah tentunya indian.
Uncle: Wahh, minat cerita tamil ke? Datang sorang?
Disusuli dengan gelak anak-anak dia yang duk sebelah sane, macam perli je. Ape yang lawaknye, kata 1 malaysia.
Uncle: Ooo, tapi dia dah tua skarang, dah botak pon.
Aku: Hahh, dah botak ek?? (sambil wat muka tekejut)
Lagi sekali anak-anak dia gelak sakan kat aku. Nasib-nasib...
Uncle: Ni movie kos paling mahal kat India, tapi banyak animasi, bla bla bla
Aku angguk kepale je.
Lepas tu aku terus senyap sampai movie start. Dan layan sampai abes.
Lepas tu aku terus senyap sampai movie start. Dan layan sampai abes.
Bila aku tengok cite ni, otomatik aku teringat I Robot lakonan Will Smith, yang aku tengok masa form 4 dulu. Jalan cite yang hampir same, pasal robot yang dicipta untuk menolong manusia, tapi berakhir dengan berpaling tadah. Tapi I Robot lebih meninggalkan kesan kat aku, sebab cite dia serius sampai habis.
Yang ni, selain ade selingan nyanyian yang memang aku takkan layan tu, dispoilkan plak dengan babak pertarungan yang super duper bodoh bagi aku masa dekat-dekat nak habis tu. Sepatutnya masa tu adalah tempat yang paling klimak, tapi diisi dengan robot-robot antagonis wat formasi yang melampau bodoh (lagi skali perkataan bodoh) bermula dari bola gergasi, bentuk segi-segi, jadi galah panjang sebab nak tarik heli, pastu ular, dan last skali manusia gergasi. Spoil habis. Klimak cite yang aku bajet akan tinggalkan kesan kat aku rupenya hanya angan.
Tapi secara keseluruhan dari setiap scene slame 2 jam lebih tu dikira berbaloi untuk ditonton. Bukan macam cite Bollywood lain yang penuh ngan cintan cintun je. Yang ni aku nampak lain dari biasa dan aku puah hati setelah berhabis RM11, selain telah berjaya mengisi masa boring aku haritu.
Bila da abis cite, lampu terpasang. Aku pun bangun, then nampak ade 2 orang gadis bertudung dalam tu. Owh aku bukan keseorangan rupenye...
p/s: lalai, nafsu, etc.
bro..awk kos EE eh?
ReplyDeletedok luar ke klj??
A'ah EE
ReplyDeleteskang duk prindu
penah srempak ke??
hehe