Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan
Ini merupakan post pertama aku mengenai aktiviti mendaki gunung yang aku pernah join. Gunung Datuk adalah gunung pertama yang aku daki, iaitu masa awal-awal aku masuk UiTM dulu, lepas tu aku teruskan minat aku ke beberapa buah gunung lain lagi.
Aktiviti ni diatur sendiri oleh team kami, iaitu team Ultimate Venture kami namakan. Perjalanan kami dari Shah Alam dimulakan dengan menaiki KTM ke Seremban.
Ya, kami hanya menaiki bas lompat sahaja dari Seremban ke Rembau. Kami sampai di kaki gunung pada waktu malam, dan memang perancangan kami untuk mendaki pada waktu malam. Lebih mencabar katanya Ridhuan Rahim, ketua expedisi kami.
Maaf ya tiada gambar pada waktu malam, takut nanti benda lain yang muncul dalam gambar.
Pemandangan tapak perkhemahan kami berdekatan dengan puncak pada waktu pagi.
Pagi yang sangat sejuk.
Sarapan pagi kami.
Berkemas untuk mendaki puncak.
Siap ada tangga lagi, tak perlu susah-susah pakai tali.
Yeah, sampai di puncak, angin sangat kuat. Di sinilah aku kehilangan topi pemberian seseorang dek dibawa angin. Kalu ada sape-sape jumpa tolong bagi balik ya.
Boleh tengok pemandangan yang sungguh lawa dari sini.
Tahyul?
Macam penah nampak ini orang, tapi dimana ya...
Acara klimaks. Bergambar bersama kain rentang.
Masa untuk turun kembali.
Masa bersuka ria dan berposing-posing semasa turun.
Dan akhirnya boleh melepaskan lelah dan penat serta lenguh-lenguh di tempat air terjun di kaki gunung. Sejuk dan menyegarkan.
nota kaki: Walaupun dikenali dengan nama Gunung Datuk, namun ia sebenarnya adalah sebuah bukit kerana tidak cukup ketinggian sebagai sebuah gunung.
whoa!mesti best daki gunung.
ReplyDeleteHummmm...bole la kot
ReplyDeletehaha
aku dulu2 je naik bukit tinggi2 nie mase kat skolah menengah.. bile dah besar nie malas pun ade.. tapi nak naik jugak tinggi2.. kalo ramai2 memang best la.. kalau sikit2 je orang p memang bosan..
ReplyDelete