Salam kepada semua warga. Pada entri kali ini aku ade 1 topik yang sedikit serius untuk dibincang. Tapi jangan terpengaruh dengan tajuk di atas, kerna tujuan utama aku buat tajuk yang sedemikian rupa semata-mata supaya korang membaca artikel aku ini sahaja.
Sejak 2 hari yang lalu, blog aku dikunjungi blogger-blogger dari Indonesia, walaupun tidaklah ramai.
Aku tidak kisah, aku juga telah mengunjungi balik ke blog mereka. Aku dapati tidak ada yang bezanya penulisan mereka berbanding blogger-blogger dari Malaysia, kecuali sedikit perbezaan bahasa. Itu memang semua sudah sedia maklum.
Tetapi kunjungan tersebut telah memberikan aku inspirasi untuk menulis entri ini. Ini kerana aku dapati begitu banyak isu yang ditimbulkan antara kedua-dua negara berjiran ini. Di forum-forum, mereka hanya tahu bertelagah, saling mengutuk antara satu sama lain, walaupun hanya kerana sebuah isu yang kecil.
Seperti yang kita semua sedia maklum, hubungan Malaysia-Indonesia tidak pernah diam, ada sahaja isu yang akan dibangkitkan. Sehingga hari ini, masih ada lagi isteri nelayan Malaysia yang mendakwa suami mereka ditahan penguasa Indonesia, atas kesalahan menceroboh sempadan perairan, walaupun dikatakan menggunakan system GPS terkini, yang tidak mungkin memberi maklumat yang salah.
Berkaitan dengan isu tersebut, baru-baru ini kita menerima berita yang sedikit gempar, walaupun tidak segempar banjir besar di Pakistan, walhal jauh sekali, iaitu apabila kedutaan Malaysia di Indonesia dilontar najis. Aku terfikir, kenapa orang Indonesia tergamak bertindak sampai begitu keji sekali, tidak bertamadunkah mereka? Dan tidak lama kemudian, Putera UMNO menghantar memorandum bantahan, adakah itu dikira kita cukup bertamadun? Aktiviti demonstrasi dengan melontar najis serta membakar bendera itu dikatakan dirancang oleh kumpulan ‘Bendera’, pergerakan yang sedikit ektreme, kalau di Malaysia lebih kurang seperti ‘Perkasa’.
Kita pergi kepada sebab kenapa mereka berdemostrasi sampai sedemikian rupa. Aku difahamkan, kejadian bermula dengan nelayan Malaysia ditangkap kerana memasuki perairan Indonesia, kemudian polis Marin Malaysia menahan pula penguatkuasa Kelautan dan Perikanan Indonesia yang telah menahan nelayan Malaysia tersebut, atas sebab urusan siasatan. Jadi kejadian tersebut telah menyebabkan orang Indonesia marah kerana menganggap ia telah menjatuhkan maruah Indonesia. Lalu terjadilah demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia. Aku sendiri tidak bersetuju dengan tindakan polis Marin Malaysia. Sepatutnya ia terus disampaikan kepada pihak kedutaan, bukannya dengan menahan penguatkuasa mereka. Akhirnya kesemua nelayan tersebut dibebaskan, samada mereka bersalah atau tidak, itu tidak diketahui, ada yang berkata hanya salah faham.
Tapi kenapa rakyat Indonesia khususnya ‘Bendera’ begitu membenci Malaysia? Hanya disebabkan salah faham yang sebegitu kecil, tidak bolehkah kita berbincang secara baik tanpa bertindak ektreme? Masa kat sekolah menengah dulu, cikgu aku pernah bagitahu, orang Indonesia suka dengki dengan Malaysia, sebab Malaysia lagi maju, sama seperti orang Malaysia dengki dengan Singapura. Betulkah?
Kenapa mesti ada jurang permusuhan antara kedua-dua negara? Kes Tengku Temenggung Kelantan dengan Manohara dulu pun sebegitu. Ia menjadi isu panas buat surat khabar kedua-dua negara. Pelbagai tohmahan dan kutukan dibuat kedua-dua belah pihak. Ada yang mengatakan Manohara betul-betul didera tengku temenggung, namun ada juga yang mengatakan ibu Daisy yang tamakkan harta dan demi mengelak membayar balik, membawa kepada perlakuan Manohara melarikan diri balik ke Indonesia. Akhirnya isu tersebut diam begitu sahaja, tiada lagi protes dari rakyat Indonesia.
Isu tarian pendet juga tidak kurang bahangnya. Tersebar seluruh Nusantara bahawa Malaysia telah mengklaim tarian pendet yang berasal dari Bali sebagai kebudayaan Malaysia. Ia terbukti di dalam video klip promosi Malaysia. Maka banyaklah demonstrasi diadakan di Indonesia. Kumpulan buluh runcing pun tertubuh, dengan misi mengusir keluar pelajar Malaysia di Indonesia, malah ada yang dikatakan akan menyerang Malaysia, bersenjatakan buluh runcing? Akhirnya fakta sebenar diketahui, ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel yang memasukkan elemen tarian pendet dalam klip tersebut.
Soalnya di sini, mengapa harus cepat melatah, berdemonstrasi tanpa usul periksa? Selepas kejadian tersebut, Malaysia digelar maling atau malingsial. Ertinya pencuri, bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia. Pada aku tidak terasa pun, kerana aku tidak pernah guna perkataan tersebut, harapnya tak ada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Di sebalik itu, orang Malaysia tanpa sedari sering menggunakan perkataan ‘indon’, bagi menggantikan perkataan Indonesia. Aku juga sering menggunakan ‘indon’, kerana lebih senang disebut, tanpa berniat untuk menghina rakyat Indonesia. Tapi aku difahamkan, orang Indonesia sangat terasa dengan nama ‘indon’. Jadi beringatlah rakyat Malaysia, berfikir dahulu sebelum berkata sesuatu.
Selain itu, orang Malaysia juga sama sahaja sifatnya, cepat menuduh, tanpa usul periksa. Apabila TV3 siarkan berita jerebu di ibu negara, yang datangnya jerebu tersebut dari Indonesia, maka Indonesia disalahkan. Padahal, kita tidak sedar, yang membuka ladang, yang menyebabkan jerebu, adalah pelabur Malaysia.
Kita sebenarnya saling memerlukan. Tidak ada gunanya saling bermusuh, hanya kerugian yang akan kita terima. Malaysia perlukan buruh Indonesia, untuk meneruskan pembangunan, perlukan bibik-bibik, jika tidak setiap ibu di Malaysia hanya menjadi suri rumah kekal. Indonesia memerlukan pelabur Malaysia, untuk pembangunan ekonomi, juga perlukan pekerjaan bagi warganya, supaya kurangnya pengangguran.
Salute kepada mereka yang bekerja demi sesuap nasi -google- |
Jadi ayuh kita semua, blogger-blogger mahupun pembaca blog ini, tak kira dari Malaysia atau Indonesia, menyedarkan sesama kita, supaya kita saling membantu. Jangan ada lagi fikiran racist, kerana kita adalah sama sahaja. Penjajahan yang telah memisahkan kita. Akibat daripada perjanjian British-Belanda, sempadan terbentuk, maka kita terpisah.
Lupakan sejarah lampau, bersama bergabung, demi masa depan.
Selamat Hari Kemerdekaan buat Malaysia dan Indonesia.
entry yg mantap. aku sokong pendapat ko. sepatutnya malaysia & indonesia tak bertelingkah atas perkara2 kecil. kalau ye pun, siasat dulu sblom berdemonstrasi
ReplyDeletewpun indonesia buat macam2 perkara ekstrim, kita tetap cool.kita x penah halau rakyat indonesia yg cari rezeki kat sini, apalagi nak baling najis kat bendera dorg
biar kita mengalah, tp x bererti dorg bleh pijak kepala kita sesuka hati
haha, first time aku cuba bincang isu serius.
ReplyDeleteTu la pasal, kenapa mesti gunakan tindakan yang begitu ekstrim. tak pasal2 student kat sana kena menyamar jd org jawa. member skolah aku pun ade sana.
Td dlm kosmo plk, kumpulan Laskar Merah Putih da bersiap nak perang ngn malaysia.gile ke ape?
Buat masa ni kita masih cool je. lepas ni ak taktau la camane.dorg ingat rakyat dorang kena dera je kat malaysia, walhal yang jd perompak, pencuri, pencopek tu sume dorg jgk.
huhhh...
tak tahu la...
ReplyDeletenegara islam memang suka bermusoh kot???
kuman kt seberang laut dorg nmpk, gajah depan mate tak nampak....
ape salah bergabung menentang musuh sebenar Islam....
ni masih nak bermusuh sesama sendiri...
ade otak tarak pakai...
hu2..suke baca entry ni Al..
ReplyDeletesy pn dok pikir2 apa sbb indonesia ni marah sgt ngn malaysia..
sib bek Al jelaskan..
pahamla..
mmg geram gler tgok lam berita dyorang ciap bakar2 bndra..
huh..
nak nangis pn ader tgok orang wat cam2 even kat bdra je pn..
sensitip..hew~
Atsuko Ichirou;
ReplyDeleteAlasan dorg nak perang ngn malaysia, sbb nak jaga kedaulatan indonesia. dengan perang,selesaikah masalah?
Tp maybe yg buat hal tu kumpulan2 tertentu je.kump2 bawahan.aku x rasa semua 200 juta lebih rakyat mereka bergabung nak mengayang malaysia.para kapitalist yg duk kat jakarta x ambik pot pun psl ni.
Namun kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
harap artikel ni dpt meredakan keadaan.
Anayana;
ReplyDeleteRamai org taktau sbb satu2 isu tu timbul.tu yg jd saling menuduh.bertindak balas tanpa usul periksa.
Pasal bakar bendera tu, pikir je positif.mereka nak bakar bendera malaysia, mereka kena bli dlu, so makin laku la perniagaan buat bendera ni.haha
ouh 2 r..
ReplyDeletei dunno sal buli buli sumer 2..
tp well known lah indonesian ni pn mcm2 dajal dyorang buat..
haih..
tp kdg2 cian tgok dyorang..
jauh merantau mcri rzki..
tahla..
tapi serius bab negara ke bab negeri ke mmg i xbley main..
hot n spicy..hahak..:p
Rakyat dorang ramai, hampir 10 kali ganda rakyat malaysia, dan berpecah-pecah.
ReplyDeleteYg buat hal tu segelintir je, yg lain ok je.
hot n spicy,hahah.patriotism yg tinggi tu, syabas..
peace~~~mmg btul pon..kadang2 benda sangat simple...tp over sangat die punye reaksi..media n pemimpin patot main peranan yang penting!...
ReplyDeleteYup, tp biasanya media yg menjadi elemen penghasut yg berjaya, huhu..
ReplyDelete~peace~