Pages

Thursday, September 16, 2010

Hiba Dalam Ria : Pembunuhan Sosilawati



Sepatutmya hari raya disambut dengan gembira bagi meraikan kemenangan selepas berpuasa sebulan. Namun raya kali ini digemparkan dengan kes pembunuhan perprofil tinggi yang sangat kejam – pembunuhan seorang jutawan. Sungguh tragis sekali, tidak cukup dengan lebih 200 kematian semasa Ops Sikap ke 22, belum reda dengan kes putus tangan akibat mercun, masih ade lagi kes yang cuba menukarkan hari raya sebagai hari kesedihan.

Aku tidak mahu mengulas panjang, kerana aku yakin sangat banyak sumber lain yang sedang mengulas satu per satu dan dengan tepat berkenaan kes tersebut. Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah sikap manusia itu sendiri. Manusia mudah terpedaya dan lalai dalam menjalankan kehidupan seharian. Macam pernah dengar ayat ni kan?

Berkenaan kes tersebut, dikatakan suspek utama adalah seorang peguam yang tersohor dan dikenali ramai di kawasannya. Bagaimana dia boleh dalangi kes yang sebegitu kejam sebagai seorang peguam berpengaruh?

Di sini kita perlu tahu dan ingat bahawa setiap manusia adalah tidak sama. Setiap orang ada sisi hitamya sendiri. Walau tersangat mulia seseorang itu, walau menjadi seorang imam atau ustaz sekalipun, apabila sisi hitamnya menguasai diri, maka terbitlah perbuatan yang dikategorikan jahat.

Jadi bagi mengelakkan kita menjadi mangsa kepada manusia sebegini, perlulah kita berwaspada dengan setiap orang di sekeliling kita, terutamanya kaum perempuan. Hatta orang tersebut telah kita kenali sejak kecil lagi pun, jangan mudah percaya bulat-bulat dan ikut sahaja apa yang dikata atas dasar kepercayaan. Apatah lagi apabila berdamping dengan seseorang bergelar teman lelaki yang sering mengendong atas motor dibawa ke mana sahaja, apabila sudah ‘dirosakkan’, mulalah sedar dan insaf, buat laporan polis. Tapi apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh diubah.

Sosilawati sendiri dikatakan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membawa wang tunai ke tempat kejadian dan membawa sekali peguam serta perunding kewangan peribadinya. Namun apakan daya, kudrat si penjahat lebih kuat lagi.

Sebelum kes Sosilawati gempar, satu kes yang hampir serupa telah berlaku hanya beberapa hari sebelumya. Seorang ustazah, Norliza Ishak dan anak lelakinya juga dibunuh dengan kejam. Sehingga hari ini, seorang suspek yang juga jirannya telah ditahan dan dikatakan mengaku salah atas pembunuhan tersebut. Hanya menunggu pengesahan pemeriksaan DNA sahaja. Selain dirompak, mangsa juga mempunyai tanda-tanda dirogol manakala anaknya diliwat. Dan alasan suspek memasuki rumah mangsa adalah kerana tertinggal kunci rumah, satu alasan yang biasa kita dengar. Lebih mengejutkan, suspek adalah seorang mualaf!

Sebagai seorang yang hidup berjiran, anda mungkin tidak menyangka kejadian sebegini akan berlaku bukan? Adakah anda yakin jiran anda tidak akan melalukan perkara sebegini?

Fokus utama aku adalah supaya kita sentiasa berwaspada dengan setiap orang. Bagi perempuan terutamanya, jangan mudah ikut orang lain kemana sahaja pergi. Paling tidak pun bawalah seorang teman. Anda tidak akan tahu apa yang bakal terjadi. Jangan menyesal di kemudian hari. Kerana apabila sudah terkena, walau anda menangis sehingga kering air mata sekalipun tidak sesekali mampu mengubah apa yang telah berlaku.

Ingatlah, walau rambut sama hitam, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

Akhir sekali sediki info yang aku kutip dari Berita Harian.

Psikopatik
  • Tidak sama dengan gila ( skizofrenia atau psikosis) kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan. Ia ditakrifkan orang gila tanpa gangguan mental.
  • Berdasarkan kajian pakar perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik dan amat sukar dikesan serta disembuhkan.
  • Dalam kegiatan jenayah, penghidap dikenali sebagai pembunuh, perogol dan perasuah. Lazimnya mempunyai penampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan.

Adakah anda mengenali orang yang mempunyai tanda-tanda di atas? Sangat bahaya kan..

Apapun, takziah buat semua ahli keluarga mangsa..


sumber gambar: Kosmo!

1 comment: