Pages

Sunday, September 5, 2010

Bayangan Maut



Lagi 4 hari untuk hari raya menjelma. Maka mulalah jalan raya dipenuhi kenderaan2 yang berlumba-lumba nak balik kampong memasing. Bermula semalam, aku yang senantiasa berada di dalam kedai bersebelahan jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai terperasan satu keadaan yang jarang-jarang berlaku - jam.

Ya, nampaknya orang-orang Kelantan di perantauan sudah mula balik kampong.

Susah sebenarnya mahu melihat jalan depan kedai aku ni jam, tapi semalam ianya betul-betul terjadi. Namun aku sudah boleh merasa lega kerana mereka sudah begitu hampir nak sampai ke rumah masing-masing, sudah berada di daerah Kota Bharu. Macamana sekiranya mereka terkandas di tengah jalan, dekat Gua Musang misalnya. Macamana sekiranya mereka menghadapi kecelakaan? Kerana jalan sekitar Gua Musang memang terkenal sebagai laluan maut.

Aku bukan ingin menakutkan. Cuma di musim perayaan ni, semua sudah sedia maklum apa yang bakal terjadi. Tiap-tiap tahun keluar berita yang mengupas benda sama - kemalangan maut. Walaupun setiap kali menjelmanya raya, Ops Sikap dilancarkan, namun setiap kali itu jugaklah kemalangan maut akan terjadi. Mengapa ianya berterusan berlaku?

Pelbagai sebab yang menyebabkan kemalangan maut sebenarnya telah lama dikenalpasti, dimana setiap orang telahpun hafal semuanya. Mengantuk, pandu terlalu laju, tidak memberi isyarat, bergurau senda semasa memandu..sehingga kepada brek kenderaan tak makan, tayar botak,angin kurang..namakan semuanya, dan mereka hanya angguk kepala, sudah bosan mendengar benda sama. Tapi sehingga hari ini ia masih berlaku, seolah-olah manusia ini dibekalkan dengan otak baru tiap-tiap tahun, input kosong. Atau mungkin perumpamaan masuk telinga kanan keluar telinga kiri adalah satu fakta yang jelas sebenarnya. Atau lebih tepat, manusia sentiasa lagho!

Bagi yang bernasib-baik, mereka hidup, samada cedera ringan ataupun hanya patah-patah tulang, takpun hilang anggota badan. Bagi yang tidak bernasib baik, terus menemui ajal, maut datang menjemput.

Jadi, bak kata slogan kempen keselamatan jalan raya, ingatlah orang tersayang. Opps..bukankah dengan mengingati orang tersayang semasa memandu juga boleh mendorong kepada berlakunya kemalangan? Haha betul kan? Makanya kerajaan patut tukar slogan menjadi 'jangan ingat orang tersayang' lah ye? Tak perlu aku bagitau yang mana betul yang mana salah, kamu yang waras patut boleh memikirkannya sendiri. Itupun jika kamu itu masih waras..

Akhir kata memandulah dengan cermat supaya nyawa selamat. Bagi yang balik dengan menaiki bas, rajin-rajin lah pergi ke sebelah driver dan bisik "pandu baik-baik ye pak cik". Itu je pun, supaya pak cik tu ingat yang dia bawak banyak nyawa. Anda pernah buat begitu? Tidak rasanya..

Selamat pulang beraya ke kampong masing-masing, dengan selamat.

2 comments:

  1. rajin2 bisik kat pokcik bas nt pokcik 2 ckap "hoh,bowok sdri lah!"..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Haha
    ada plk gitu ek..

    tp klu driver tu mudah bengang, boleh jd jgk kot, haha

    last2 wat muka sposen..

    ReplyDelete