Monday, April 22, 2013

Puncak Gunung Tahan!!!



Log edisi malas menulis
 

11 Feb 2013
Jam 0000 - Gerak dari Taman Melati, KL
Jam 0400 - Sampai di masjid Merapoh dan rehat seketika menanti subuh.
Jam 0730 - Selepas breakfast, gerak ke Taman Negara Sg Relau, Merapoh.
Jam 1000 - Setelah siap pemeriksaan barang, mula naik powil ke starting point, Kuala Juram dengan 20 minit masa perjalanan.
Jam 1045 -  Mula treking
Jam 1415 - Sampai di Lata Luis dan rehat seketika.
Jam 1620 - Sampai Kem Kor dan persiapan bermalam di sini.

12 Feb 2013
Jam 0930 - Start gerak dari Kem Kor
Jam 1230 - Sampai Kem Kubang dan lunch, 2.30pm baru gerak balik.
Jam 1830 - Kem Bonsai
Jam 2030 - Tiba di Kem Botak untuk bermalam.

13 Feb 2013
Jam 1100 - Gerak ke puncak
Jam 1140 - Sampai puncak dan bergambar pelbagai lagak dan kereneh, kemudia turun semula.
Jam 1300 - Mula gerak turun dari Kem Botak
Jam 1500 - Sampai Bonsai dan lunch
Jam 2030 - Sampai Kem Kubang, masak diner dan tido

14 Feb 2013
Jam 1030 - Bergerak turun menuju Kem Botak (3 jam perjalanan)
Jam 1400 - Gerak ke Kuala Luis ( 45 minit)
Jam 1445 - Teruskan perjalanan ke Lata Luis (1 jam perjalanan)
Jam 1700 - Setelah menunggu selama1 jam 15 minit kerana air naik, mula teruskan pendakian turun ke Kuala Juram
Jam 1830 - Sampai dengan selamat di Kuala Juram dan menaiki powil yg tersedia menunggu kembali ke pejabat Taman Negara.

Breakfast merapoh
Declare barang @ pejabat taman negara
Kuala Luis

Kem Kor
Bonsai
Bukit Botak
Kem Botak
Puncakkkkk!!!

Sampingan....





Saturday, February 2, 2013

Bukit Saga dan Air Terjunnya



Ke Bukit Saga ni dengan geng baru kenal, join dorang pun sebab nak kenal tempat ni yang belum pernah aku pergi walaupun hanya terletak di Ampang. Selain tu aku ke sini jugak untuk training ke Tahan pada CNY nanti kononnya.Namun yang paling menarik bagi aku untuk ke sini tentulah pakej yang disediakan iaitu air terjun yang kat gambar atas ni.

Kitorang jumpa di rumah seorang member dekat dengan Carrefour Ampang pada pagi Ahad 13 Jan. Sekitar pukul 10 sampai di kaki bukit dan kami mula mendaki sekitar jam 10.30am.


Lebih kurang 10 minit mendaki kami sampai di CP yang terdapat tokong budha dan kat sini ada 2 trek iaitu menghala ke puncak yang terdapat beirut dan satu lagi ke puncak lain.


Kami menghala ke puncak berbeirut yang juga laluan untuk ke air terjun. Lebih kurang setengan jam sahaja masa diambil untuk sampai di puncak dan setelah rehat 30 minit, kami terus ke air terjun pula yang melalui laluan menurun dan setelah 45 minit sampailah kami di air terjun.






Setelah puas mandi dan berborak bagai serta mengisi perut dengan juadah yang dibawa, kami pun mula bergerak pulang pada jam 1.45pm. Perjalanan pulang kami melalui trek lain yang melaui beberapa kem yang dibina penduduk sekitar. Macam meriah jugak tempat dorang buat tu.






Jam 3.15 petang sampailah kami semula di starting point. Sempat juga kami singgah di warung berdekatan Taman Saga untuk makan sebelum kitorang berpecah balik ke tempat masing-masing.

Friday, January 11, 2013

Menjengah Hutan Simpan Ayer Hitam



Ni trip pada sabtu lalu, 5 Jan yang juga trip pembuka tirai 2013 aku. Trip solo je sebab last minit punya plan. Kalau diikutkan dah lama aku nak pergi tempat ni sebab kata orang kat sini ada tempat cun. So banyak kali juga la aku cari kat internet pasal tempat ni. Memang cun, tambah-tambah kolam rahsianya. 

Lepas dapat info sikit-sikit, aku masuklah ke hutan simpan kat  Puchong ni buat kali pertama sekitar Julai tahun lepas. Nak tau apa jadi? 6 jam aku kat dalam tu, sesat. Tak jumpa langsung benda yang dicari dan dengan penatnya lagi,
memang kecewa masa tu. Padahal orang kawasan tu yang selalu masuk treking pon amik masa 2 jam je untuk keluar balik.

Then terasa nak pergi lagi. Dengan dapat info lebih sikit dan mungkin agak tepat, berpandukan peta sendiri aku pon kesana lagi sekali petang sabtu tu. Pukul 3 start trekking, 3.30 sampai CP, 4.05 sampai simpang air terjun. Lepastu aku start konfius balik dia punya trek. Tambahan dengan kedua-dua kasut yang tercabut tapak, lagi ternampak bekas tapak kaki haiwan liar, dan kedengaran anjing sedang menyalak dari jauh, aku pon berpatah ke trek yang satu lagi.

Dan 15 minit kemudian jumpalah ini.







Sebenarnya bukanlah kolam ni yang dicari. Sepatutnya kolam yang aku cari tu terdapat air terjun skali dan mungkin lagi dalam airnya. Tapi disebabkan matahari semakin tenggelam, aku port sini je. Dapat mandi-mandi sekejap pastu dalam 5.30 petang aku blah.

7.00 petang sampailah kembali kat starting point.


Tapi takpe, masih banyak masa untuk aku datang lagi ke sini. Mana tau percubaan kali ketiga baru membuahkan hasil kan.

Saturday, December 29, 2012

Gunung Nuang via Janda Baik



Tarikh: 16 Dis 2012 (Daypack)

7.45am: Start trekking
10.00am: Sampai Air Terjun Chemperoh dan rest
1.00pm: Sampai puncak!
3.00: Gerak turun
5.30: Sampai di starting point.


Lagi gambar2 menarik kami kat sini <link>
Related Posts with Thumbnails