Pages

Tuesday, August 31, 2010

U.N.I.Q.U.E

 150 Juta : Cover Version by Hana Zatie

Original Song by Fynn Jamal

 

Enjoy it!

-sumber youtube-

                

  Lyrics
Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia"
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
"sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--
saya kenal sayang saya"
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Monday, August 30, 2010

Bee Tee En



Teringat aku masa memula masuk UiTM dulu, masa sem 1 lagi. Masa tu aku belom join mane-mane kelab atau persatuan, so diri ni kadang-kadang tu rasa boring gak la. Nak keluar jenjalan kat luar kampus, tak tau nak gi mane, tak penah kenal lagi Shah Alam masa tu. Lagipun masa sem 1 aku blom bawak lagi moto kesayangan aku, so bila time takde kerja nak dibuat, lepak kat bilik je la jawabnye..

Pada satu hari tu, masa aku kat fak nak pi kelas, mata aku terpandang dekat satu poster yang ditampal kat notice board, header dia "Kursus Asas Fasilitator". Wahh, ok jugak ni. Daripada tak buat pape, baik join bende ni, boleh jugak mengasah bakat aku dalam kepimpinan, huahuahua, perasan sendiri.

Masa tu aku takde member kamcing lagi, member sebilik pun tak berapa kenal lagi, so jenjalan la aku sorang-sorang gi daftar diri nak join bende tu. Rasa teruja jugak, first time dapat keluar kampus yang sempit semacam je, banding ngan U lain. Yang lagi sronok, masa aku nak daftar, aku jumpa senior skolah aku dulu. Ade gak orang yang aku kenal kat cni rupenya.


Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah aku ke Maran. Dalan 4 jam atas bas, sampaila aku ke tempat tersebut. Satu benda aku prasan, tempat tu adalah sebuah kem BTN. Apahal? Tak kisah lah, asal leh enjoykan diri.

Depan pintu masuk kem BTN Maran  -google-

First day, wat ldk, ok la dapat kenal kawan2. Second day, start la bende yang aku nak cuba elakkan sejak sampai situ iaitu bila sorang fasi naik pentas, berucap pasal melayu itu....melayu ini...melayu kita....boring. Dah la takde aktiviti outdoor, aku ingat boleh la nak wat flying fox, abseiling, rempuh halangan, atau at least jungle trekking. Tapi hampeh, apapun takde.

Last day, macam biasa dibuat, aktiviti insafkan diri. Bermacam versi dah aku dengar macamana dorang handle aktiviti tu. Yang versi aku ni, dorang suh pejam mata je. Dah sume pejam mata, maka dipasang la alunan muzik yang sloww gitu. Pastu, terdengarla suara latar, sorang fasi cakap kuat-kuat "ingat lah ibumu di rumah, membesarkan dirimu, bersusah payah....ingatlah budi mereka...bla....bla..bla..". Maka terdengarlah sora-sora tangisan dari gadis-gadis, insaf kejap. Aku plak, dalam hati duk gelak je, da banyak kali experience, takde effect dah.

Kat sini bukan aku nak condemn kat aktiviti BTN, setiap orang ade pandangan sendiri. Ade orang suke, dapat kenal kawan baru, dapat tau perlembagan Malaysia, dapat pupuk semangat cinta negara, etc. Tapi ade gak yang tak suke, dorang ade sebab masing-masing. Tapi bagi aku, bukan ni sebabnya aku datang cni, masa kat skolah dulu pun da berapa kali kena.

Last skali aku dapat sijil, tulis 'Kursus Asas Kenegaraan'. Hahhh? Aku tertipooo...

Saturday, August 28, 2010

First Ever Gift




Untuk pertama kalinya, sejak aku bergelar blogger 9 hari yang lalu, aku dapat hadiah dari kengkawan blogger. Wahh, gembira tak terkata. Yela, baru setahun jagung aku cuba menulis kat dunia blog ni, tetiba dapat hadiah yang tak disangka-sangka. 

Dan hadiahnya adalah---->1 header baru!
    Dapat header baru ni macam satu rahmat buat aku. Sejak pagi tadi aku berhempas pulas nak try wat header untuk blog ni, sebab aku tengok semacam je blog ni takde header sejak dilancarkan aritu. Dan hasilnya, header yang tak berapa nak lawa, yang aku amik dari gambar aku, pakai print sreen, edit kat paint. haha. Bukannya aku sengaja taknak buat awal2, tapi aku takreti..huhu. Aku create blog ni maen redah je, memang tak prepare ape-ape. Tengok orang lain wat, aku pon nak wat jugak. Photoshop pon tak penah pakai.

    Tup-tup ade orang nak bagi header free. Hepi bukan maen aku. Tapi bukan siap terus arini la. Kena amik masa jugak orang tu nak buat kan.

    Dan blogger yang aku maksudkan itu ialah blogger dari Sorrow: Yang Begitu Indah. Nama samaran dia Dark Half.

    Alkisahnya, pada satu hari, dalam aku duk jenjalan kat blog orang, aku terjenguk kat blog dia ni. Header dia memang lawa, kreatif. Dah bace entri sket2, aku gi dekat followers dia, tengok ada 299 followers. Memang baik punya nombor, Aku tros masuk, jadi yang ke 300. Lepas tu aku tinggalkan jejak aku, then blah. 

    Hari ni, tengah aku berusaha nak wat header blog ni, aku gi bace komen orang. Dalam aku duk melawat balik ke blog orang yang da komen kat entri aku, akhirnya sampaila aku kat blog si dark half ni. Dan memang terkejut aku tengok first entri dia pasal blog ni!

    Lepas bace entri dia, aku trus post entri ni. Trimas kepada blogger kreatif, Dark half. Nanti aku emelkan.

    Ok, tak sabar tunggu header baru..

    Thursday, August 26, 2010

    Ganjaran Pahala



    Sekarang pukul 3 petang, aku dapat rasakan tengkuk aku dah semakin haus. Entah kenapa, sejak 2, 3 hari ni aku rasakan dunia makin panas, semakin terasa bahang panasnya, terutama pada waktu tengahari.

    Kalau aku tengok kat luar, matahari sedang memancarkan haba pada tahap maksimum, tanpa ada sedikit pun awan yang melitupi. Ada orang cakap, inilah kesan rumah hijau, akibat daripada pencemaran alam yang dilakukan manusia. Aku tak nafikan, tapi aku lebih menganggap ia sebagai dugaan di bulan ramadhan. Lebih2 lagi ramadhan semakin ke penghujungnya.

    Aku masih boleh bersyukur, sebab aku berada dalam banggunan, walaupun takde aircond. Bayangkan mereka yang masih bekerja di luar, ataupun student yang baru nak pergi ke kelas, mesti lagi terasa bahang sang matahari yang sedang memancar terik di kala ini.

    Malam semalam aku mendengar tazkirah ringkas, pasal malam lailatulqadar. Dekat 10 malam terakhir ini, tak rugi kiranya aku saling mengingati,sambil berkongsi ilmu.

    Malam tersebut sangat beruntung kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah. Telah dikatakan dalam al-quran, surah al-Qadr, malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Bayangkan..setibu bulan itu, kalau dikira, lebih kurang 83 tahun lebih. Skali kita beramal di malam tersebut seperti kita telah beramal untuk 83 tahun, lebih kurang sama dengan purata hidup manusia di bumi ini.

    Malam yang dikatakan akan berlaku pada malam ganjil pada 10 malam terakhir ramadhan itu boleh diketahui tanda-tandanya. Antara tanda mudahnya ialah, apabila malam tersebut tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas. Tanda lain ialah, pada pagi besoknya, harinya adalah mendung. Mentari tidak terus memancarkan haba, tidak seperti kebiasaan. Dikatakan malaikat memenuhi langit setelah semalaman mencatat amal manusia di bumi.

    Setelah diketahui ganjaran di bulan ramadhan, harapnya tidak akan ada lagi yang malas beribadah. Itu adalah janji tuhan. Tapi sememangnya fikrah manusia, masih ada lagi yang lalai..termasuk diriku...



    Tuesday, August 24, 2010

    Kisah Kelapa

    Klo gi pantai, memang best bersantai bawah pokok kelapa, waktu senja lagi.. 



    Skarang masih lagi musim durian kat kampong aku. Tiap2 hari gi jenguk jugak la kat kebun..dapat 2, 3 biji durian ok la. Dapat jugak merasa malam ni.
    Tiap kali aku gi kebun durian, aku pakai helmet.
     Sebabnya aku takut buah durian jatuh atas aku. Ade ke buah durian timpa atas orang? Tak penah dengar pun…
    Weh, apsal nak cite pasal durian nih? Tajuk kat atas buah kelapa, bukan durian!

    Ini pokok durian    -google-

    Haa..sbenarnya ade kaitan dia. Meh aku cite.
    Dulu masa aku omor dalam 13 taon gitu, form 1, aku ade tolong mak aku kumpul buah kelapa. Masa tu cuti skolah, so aku ade kat kampong, klo tak duk asrama je la jawabnya.
    Buah kelapa ni aku rasa korang pun tau nak wat pe kan. Wat gulai masak lemak la, ape lagi. Kitorang dulu amik santan dari kelapa je terus, perah pakai kain. Takdenya nak beli santan segera yang jual kat kedai tu.
    Nak dijadikan cite, masa aku tengah kunyuk kumpul kelapa kat kebun tu, tetibe je

     “Bedebukkkk!”…..

    Aku rasa sakit kat kepala. Then dunia rasa macam bergerak-gerak. Aku pening..
    Mak aku pimpin tangan aku suh duduk. Dia tanya ok x.
    Aku diam, tak terkate pape.

    2, 3 minit lepas tu baru aku ok sket. Tengok kat depan aku, berselerak buak kelapa atas tanah, ade dalam 7 atau 8 biji, ade gak yang masih lekat kat tandan.
    Baru aku sedar, kepala aku dihempap buah kelapa. Banyak lak tuh. Bayangkan, satu tandan buah kelapa jatuh atas kepala aku, yang pokoknya ade dalam setinggi bangunan 5 tingkat…fuhh
    Macam tak percaya masa tuh.Nasik baik dia jatuh sipi je, kene tepi kepala je. Klo jatuh betol2 atas kepala aku, aku pun tak tau ape akan jadi.
    Jadi malam tuh, bapak aku bawak aku gi jumpa bomoh. Bukan bomoh yang halau hantu, tapi yang pandai mengurut, juz to make sure that takde side effect terjadi kat aku. Yela, risau jugak aku klo tetiba hilang ingatan ke, atau more worse – be crazy? huhu..
    Dah lepas urut sket2 kat kepala aku, bomoh tu cakap takde pape. Aku lega.
    Tapi hasil dari kejadian tu, sampai sekarang ade macam lekuk kat kepala aku. Setiap kali aku rasa pakai tangan, akan teringat pasal kejadian hari tu.

    Ok, harap ade pengajaran dalam kisah aku ni.
    Especially sape2 yang kerja kontraktor, atau yang wat maintenance work.






    Bayangkan klo sume buah kelapa ni hempap atas kepala, ape akan jadi ek?   -google-





    Sunday, August 22, 2010

    Movie Oh Movie


    Dalam aku duk termenung kat kedai aku yang takde customer nak masuk nih, tetiba aku teringat.... macam banyak je muvie yang aku da terlepas. Tambahan plak sekarang muvie yang baru kluar macam best2 je. Stat ngan Eclipse ari tuh, Soccerrer's Apprentice, Inception, The Expendables, The Last Airbender, dan last skali The Descent Part 2 kot, Hahh, The Descent?? cite ape tuh?


    Klo dulu masa kat Shah Alam, klo ade je muvie yang best, tros ajak member. Takpon pegi tengok sorang2 pastu balik umah tros cerita kat member, saje bagi member naik hangin. Tapi tu bukan aku, orang lain.haha
    Pendek cite kalo ada cite best conferm tengok lah..

    Actually yang Twillight: Eclipse ngan Soccerrer's Apprentice aku da tengok sebenarnya seblom balik ritu. Eclipse tu bagi aku tak best pon, klo pompuan maybe dia cakap best sebab banyak main ngan perasaan, tapi aksinya hampeh, last2 baru ada sket. Soccerrer's Apprentice tu biase je

    The Descent tu best ke?  teringat aku mase kat matrix Pahang dulu ade tayang cite ni yang part first. Memang best bagi aku, sangat mendebarkan. Stat scene masuk gua and jumpa makhluk2 pelik tu sampaila abih cite, asyik dengar bebudak ni menjerit je, mainly opkos girls la. Macam kena rasuk pun ade. Penuh ngan surprise yang melampau, memang tak sesuai untuk orang yang ade sakit jantung.

    Huhh...dah stat menyesal duk kampong. Kalo la aku masih disana..huuuu.Tapi masih mengharap akan ade member2 aku kat sane yang donlod dan simpan dalam hard disc. Nanti boleh aku tengok bila gi sane. Harapan je la.

    Movie oh movie. Tak sah klo tak tengok. Nasib baik dalam laptop aku masih ade lagi yang belom tengok, hasil dari kumpul banyak2 mase nak balik ritu. Layan je la yang ade ni..

    Saturday, August 21, 2010

    Kisah Hari Ini


    Hari ini aku percaya sebahagian besar warga Malaysia sedang enak bercuti, melepaskan tension setelah seminggu bekerja ataupun belajar. Tapi aku jugak percaya bahawasanya ada jugak yang dipaksa bekerja pada hari ni - termasuklah aku.

    Kalau semalam aku dah seharian cuti (sbb jumaat ari cuti di Klate), jd tak dapatlah aku jenguk blog yang omor baru 3 hari dicipta ni.Tapi sepatutnya boleh je nak bukak sebab aku ade brokband kan? tapi tu lah masalahnya.

    Wlaupon orang kata kalau dah ade brokban tu, nko gi mana2 pon boleh online, takde masalah. Tapi brokban aku ni masalahnya tak leh pakai masa kat umah aku sebab coverage 3G dia nyer operator tak sampai kat umah aku. Boleh dikatakan aku tak bernasib baik di situ. So walaupun aku terpaksa bekerja hari ni, tapi aku tetap gumbira sebab dapat gak nak online.

    Kepada sape2 yang ingat aku dah dapat kerja tu, terimalah hakikat bahawa jangkaan anda itu salah sebenarnya. Sekarang ni aku hanya dok wat part time je, sementara dapat kerja yang stabil dan juga sementara menunggu hari raya menjelma. Secara mudahnya kerja yang aku sedang buat ni adalah 'menjaga kedai', atau dengan kata lain aku diamanahkan untuk menguruskan kedai. Alah, kedai jual kerepek je pun. Disebabkan tokey kedai yang jugak akak aku berada di Johor dan bermastautin di sana, aku disuruhnya untuk menguruskan kedai ni. Tugas aku adalah dikehendaki menunggu pagi2 buta kat tepi jalan besar untuk ambil bekalan kerepek yang dihantar oleh akak aku tu melalui bas. Lepas tu aku bawak ke kedai dan jual kepada orang ramai. So, ade sape2 yang nak order kerepek!? haha

    Dikala aku duk layan blog2 orang semenjak dua ni, aku terpaut dekat satu blog seorang anak muda ni. Aku harap korang tak kisah aku bercerita sket. Blog tu pasal pemikiran dan idea sorang anak muda kat Malaysia ni yang berfahaman sosialis.Disebabkan sosialism dia yang sangat kuat dalam diri, maka dia sangat tidak berpuas hati dengan system kapitalis yang diaplikasi kat Malaysia ni. Maka dia pun keluarkan idea2 dia yang sejajar dengan fahaman dia tu (yang sangat radikal bagi aku) untuk diaplikasi kat Malaysia dengan diambil contoh dari negara2 lain kat dunia. Tapi mungkin dia lupa yang realitinya dia di Malaysia, yang systemnya berbeza dengan negara lain, yang dasarnya awal2 lagi ditentukan oleh pemerintah. Jadi walaupun idea2 dia tu sangat menarik bagi aku tapi tetap menjadi omong2 kosong. Okeh, korang paham tak ape yang aku ceritakan ni??

    Berbalik kepada aku yang sedang bekerja ni, sedang aku menulis entry ni ada jugak la customer kadang2 masuk kedai. Jadi nak tak nak terpaksalah aku melayan depa, maka bila aku nak sambung menulis balik, dah bukan dalam mood masa awal2 tadi. Tu yang jadi tunggang langgang sket ayat aku, harap korang tak kisah..
    Bila tengok masa, dah dekat 3 jam aku duk wat entry nih, haha nampak sangat aku takde bakat dalam penulisan kan.

    Stakat ni je lah dulu aku tulis buat masa ni. Selepas ni banyak lagi yang aku akan kongsikan.

    Chao...

    Thursday, August 19, 2010

    Expedisi bermula...

    Salamualaikum..

    Salam perkenalan kepada semua warga yang sudi meluangkan masa di blog ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat blog hamba ini.

     Jadi, buat permulaan biarlah aku menceritakan serba sedikit tentang diri aku dan juga kenape tetiba menggatalkan tangan nak buat blog ni. Okeh, aku baru je habis pengajian di UiTM Shah Alam. Jadi secara rasminya aku digelar sebagai penganggur...huahuahua, tapi aku kira ok la aku belom dapat kerja lagi sebab konvo aku pun blom lagi. Lagipun kerje yang aku nak tu sikit sangat kekosongan dia skrang ni jadi aku trus je la menunggu dulu.Memilih kerja sangat ke aku ni??haha dulu ade jugak aku bace laporan yang kata graduan melayu ni banyak menganggur sebab pilih kerja sangat. Ya aku akui memang itu satu fakta yang tepat tapi bagi diri aku ni, aku sedang mengusahakan 1 pilihan yang tepat untuk diri aku bukan bermakna aku langsung taknak kerje lain sebab aku ade juga mintak kerje yang bukan dalam bidang aku. jadi ok la kan..

    Aku sejak kecik lagi dah terdorong untuk buat kerje yang berkaitan dengan barang. Klo kerje2 bertukang ke, baiki motor ke atau pasang wiring kat umah tu memang no 1 lah aku. Sebab tu aku masuk degree engineering masa kat UiTM. Jadi skrang aku berharap sangat nak kerje kat company yang berkaitan dengan bidang aku dan yang aku minat agar aku takkan menyesal di kemudian hari. Harap2 akan dapatnye kerje tu nanti...


     Skrang, apahal aku tetiba menulis blog plak nih? Padahal bukan aku suka pun menulis. Klo membaca aku memang suka tapi tidak menulis, macam ironi plak kan. Ok, sebenarnye takde sebab yang kukuh aku bukak blog ni. Mungkin aku terdorong oleh member2 aku yang hampir semunye ade blog sendiri.Tiap2 hari dorang update blog pasal bende itu la, bende ini la. Aku rasa macam cool plak boleh expresikan diri kat blog ni dengan tanpa dikawal orang lain. Anda bebas untuk menulis ape yang anda fikirkan...


    Lagi 1 sebab adalah kerana skrang ni aku ade banyak masa yang dibazirkan. Jadi ape salahnya ak menulis blog kan. Ditambah lagi dengan ade brokban yang orang bagi free ni ade baiknye digunakan sebaik-baiknye walaupun kadang2 line dia teruk nak mampos,haha aku taknak cakap brokban dari operator mobile yang mana. Agak2 sendirilah ye..

    Dah banyak kot aku membebel buat permulaan ni. Sebagai penutup karangan aku ni aku listkan bende2 yang berkaitan diri aku buat sape2 untuk mengenali diri yang kerdil ini.


    Asal usul aku

    aku hanyalah seorang budak kampong di sebuah daerah di Klate yang namanya Ketereh. Atau lebih tepat lagi adalah Kok Lanas.Buat masa ni aku sangat meng'enjoy'kan diri kat kampong aku di bulan yang mulia Ramadhan ni sebab setelah hampir 1 dekad selama ni aku belajar formal dan meninggalkan kelurga, inilah yang julung2 kalinya aku dapat bersahur dan berbuka dengan family aku untuk full 1 bulan.Juga tak lupa dapat bertarawikh bersama.

    Cara penulisan aku

    aku suka tulis pasal benda2 yang ringan2 dek fikiran je kat blog ni.benda2 yang berat2 tu aku cuba elakkan, mungkin bila aku dah makin matang dalam penulisan blog nanti barulah aku nak stat benda2 macam politik, ekonomi ataupun benda2 yang menjadi percanggahan ramai. aku juga tak suka nak buat lawak2 yang sangat2 bodoh dan merapu entah pasal ape2 pun taktau.
     Lagi 1 walaupun aku org Klate aku lebih prefer bahasa Malaysia standard dalam penulisan aku. Bukan ape takut korang tak paham je. Pasal tatabahasa yang tak berape nak betol tu kire hahal lah ye.

    Pasal bola

    Klo dah lelaki memang tak boleh lari dari topik ni kan, so aku pun same. Jadi, untuk team dalam negara tentulah aku sokong The Red Warrior, team negeri aku. Yang luar plak aku jadi fan Arsenal sebab aku suke corak permainan dia yang dari dulu lagi sangat menghiburkan hati aku. Tak kisah lah ade yang kutuk team ni dah lame takde cup ke, player takde pengalaman ke atau Wenger asyik wat excuse je bila kalah. Yang penting aku terhibur. Tp ak jugak suka team Barca sebab corak main dia jugak. Bagi aku Barca ni macam abang kepada Arsenal la, lebih kurang gitu..


    Apa aku nak

    Buat masa ni aku nak dapat kerja!



    Sekian.


    p/s: ade ke nanti org nak komen post first ak nih ek? haha redah je