Monday, September 26, 2011

Menahan Kedinginan Mendaki Irau



sambungan dari SINI..

Pagi Sabtu tu lepas semua dah bersiap, pukul 9.00 pagi barulah kami mula mendaki Gunung Irau. Seperti jugak masa aku mula-mula datang sini, suasana pagi dia sangatlah sejuk. Maklumlah kat puncak gunung kan. Kabus pon tak lekang ditiup angin dan jatuh ke bumi macam titisan air hujan..sejukkkk!


Setelah mendaki melalui kawasan berselut dan berlumut hampir 4 jam, barulah kami semua sampai di puncak Irau. Kat atas suasana sedikit panas sebab takde tempat berteduh. Kalau yang bernasib baik dapatlah berlindung kat tepi-tepi semak di sekitar puncak tu. Kat sini kami masak lunch dan lepas bergambar sedikit sebanyak, kami pon mula turun.





Aku yang mula-mula sampai di campsite dalam pukul 5 petang. Sementara tunggu yang lain sampai, sempat jugak aku sorang-sorang pergi ke puncak Gunung Brinchang yang jauhnya dalam 1.5 km je dari campsite. Walaupon persekitaran masih kuat berkabus, tapi sempatlah jugak bergambar di atas menara di puncak tu.




Kemudian kami dimaklumkan yang kami harus turun ke pekan Brinchang pada malam tu jugak. Dan setelah ditanya pendapat ramai, kami ambil keputusan untuk turun melalui jalan bertar saje yang jauhnya kira-kira 10 km tu. Sebabnya ramai budak-budak dah serik naik ikut trek malam sebelumnya. Jadi walaupon jauh, terpaksa jugak kami turun ikut jalan bertar melalui ladang teh tu. Perjalanan dalam 2 jam jugak sebelum sampai di jalan besar. Dan malam tu kami semua tidur di masjid Brinchang.Sebelum pukul 5 pagi semua dah bangun sebab orang datang untuk solat..

Pagi tu kami sempat bersiar-siar sekitar pekan Brinchang, ramai jugak yang membeli cenderahati, strawberi mesti beli, dan jugak jagung manis. Berbanding kunjungan aku sebelum ni, inilah kali pertama kawasan pekan dikelilingi kabus tebal dengan airnya yang kadangkala menitis, kalau pakai t-shirt je memang tak memadai..menggigil tahan sejuk nanti. Dahlah sampai tengahari camtu. Memang sesuai dicop tempat paling sejuk di Malaysia.


Tuesday, September 20, 2011

Berjimba Di Sungai Sendat



Setelah lebih sebulan tak dapat main air sungai, akhirnya miggu lepas baru dapat merasai balik air sungai yang sejuk dan segar tu. Destinasi kami ialah di Sungai Sendat di Ulu Yam pada isnin lalu. Memang sengaja pilih hari bekerja baru syok dapat mandi puas-puas. Lagipun geng kami pon da 5 biji kereta, sampai dalam 10 pagi dan paling awal sampai situ. Lepas bayar RM1 untuk satu kepala dekat guard situ, apalagi kami terus saja serbu kawasan air terjun utama yang kat bawah tu.


Lepas da cop tempat, semua bukan nak terus terjun dalam air, tapi wat rajin nak nyalakan bara api untuk bbq. Bbq plak ade yang sponsor, banyak lak tu...ayam,ikan,sosej, sotong ..semua ade..tapi yang nayenye nak hidupkan api tu sampai setengah jam..haha

Ok layan gambar aje..









Thanks to Nidzam sbb sponsor..

Wednesday, September 14, 2011

Treking Malam ke Gunung Brinchang



Setelah hampir 2 minggu tak buat apa-apa (mood raya), tetiba dapat sms diajak untuk bawa orang ke Irau pada hujung minggu yang lepas. Mula-mula pikir 2,3 kali jugak then decide pergi je la, daripada terperuk je kat rumah.

Kali ni kena bawak student UiTM Pahang, seramai 80 orang..mak aihh masak camni. Dah la kena treking dari pekan Brinchang lagi, aritu nek keta je trus ke Gunung Brinchang. Tapi ok jugak, boleh pecah lemak slow-slow lepas raya sakan aritu.

Dari Jengka, kami gerak pukul 4.00 petang, dan setelah berhenti makan di Kuala Lipis dan semayang di Sungai Koyan, kami sampai Cameron Highlands dalam 10.30 malam. Setelah semua bersiap, pukul 11.30 kami mula treking dari tapak pasar malam Brinchang melalui Jungle Walk no. 1 ke Gunung Brinchang.

Pendakian kami seperti dijangka, slow-slow sebab ramai je student yang first time daki gunung ni. Trek dia plak boleh tahan jugak, lagi dengan berjalan malam, so kena careful sket. Time panjat tebing-tebing tinggi, tangan mesti kena paut betul-betul kat akar kayu, kalo pakai kaki je boleh tergelincir woo..licin tu. Lagi ade yang muntah-muntah, rasa loya...biasa la tu.

Tak nak cite banyak, akhirnya kami sampai jugak di puncak Gunung Brinchang. Perjalanan yang biasanya selama 2 jam kini kami jadikan 4 jam setengah..haha. Pukul 4 pagi sampai, dengan semua sangat letih, kami terus ke starting point ke Gunung Irau, bukan untuk terus mendaki Irau, tapi untuk setup tempat tido sebab sana ada ruang untuk campsite.

Apabila sampai je, semua terus lena tido berselimut berlintangan atas ponco tanpa pasang fly pon. Yang pasti keadaan sangat sejuk. Tapi bagi sesetengah geng lelaki yang sampai awal, dorang terpaksa turun melalui jalan tar pulak untuk ambil barang dari kereta pengiring yang tak lepas naik atas. 6.30 pagi baru dorang sampai balik kat puncak.

Setelah hari semakin cerah, kami terus masak untuk sarapan pagi dan bersiap untuk mendaki Gunung Irau pula...










akan bersambung..

Thursday, September 8, 2011

Lepas Raya Tapi Masih Beraya..


Sampai sekarang takde mood nak buat ape, gara-gara masih dalam mood raye.. Tapikan, raya kat Malaysia memang sambut selama sebulan pon..kan. Kalo boleh,open huse nak je wat pada 30 Syawal, ntah pape..

Aritu masa datang balik KL, tak semena-mena singgah kat pekan Kuala Lipis, benda yang tak pernah dibuat sebelum ni. Saje nak tengok pekan dia. Hasilnya dapat lunch best kat kedai makan sana, masakan kampung bersama ulamnya..perghhh.

Masjid pon lawa..

Related Posts with Thumbnails