Thursday, September 30, 2010

Peraduan Dari OhPemandu.com


Dah kering idea nak update blog, contest je lah aku masuk, senang benda pun free.

Untuk second contest aku ni dari website OhPemandu.com milik brader Zool. Sebenarnya da lama dia start contest ni, dan yang paling menarik, hari ni last. Haha adakah aku peserta last? Harap ada tuah.

Tengok header dia pun da tau camane

Ape yang nak kena buat??

1)Tulis sebab kenapa suka nyibuk kat website OhPemandu.com
2)Buat mak. 3 cadangan tagline untuk website OhPemandu.com

Nampak macam senang tapi kena pikir jugak la sket-sket. Hadiah pun lumayan jugak. 

So alasan aku bagi soklan pertama tu sebabya adalah aku ni memang menjadi tabiat sejak kecik sangat suka tengok bende-bende pelik kat dunia ni. Dan di OhPemandu.com sudah tersedia semua ragam pelik bin ajaib para pemandu, termasuklah ragam kenderaan mereka, macam-macam ada. Yang paling penting, bila masuk je sane, kena pastikan perut aku mampu dikawal sebab  benda yang kat dalam tu mampu buat korang pecah perut, nak nangis pun ade. Tak caye?? try korang pegi sane aku nak tengok..hehe


Untok soklan kedua plak, ni cadangan aku
      
a) Satu-satunya blog pujaan pemandu-pemandu di Malaysia
b) Apabila pemandu mula kreatif, kenderaan menjadi mangsa
c) Pelbagai ragam pemandu yang mampu buat anda tidak kering gusi

Akhir sekali pada sape-sape yang nak join, sile ke http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ . Masih sempat lagi ni..


Tuesday, September 28, 2010

Contest Bersama Si Kecil


Buat julung-julung kalinya aku nak merasa join contest.

Tapi contest ni bukan contest yang biasa seorang lelaki macam aku masuk, sebab ni contest baby, haha. Aku sendiri pun nak pening pikir patut tak join, tp last2 join gak..huhu. Okeh, korang tolong jangan gelak plak. Walaupun aku laki, tapi dalam hati ada taman, dalam taman ada dot..dot..dot..hehe.

Ni dia gambar aku pertaruhkan.

Ni anak sedare aku ye.harap maklum.

Lupa plak, contest ni dianjur oleh Cik Gayah ye. Segala butiran contest ade dekat blog beliau. Klo korang berminat gak, pegi je sane terus.

Di sini aku nak tag jejaka-jejaka ensem berikut;

Chaon 
Juedin 

 

Sunday, September 26, 2010

Kisah Benar Di Tanah Suci


Buat kali ini aku ingin kongsi kisah benar dari seorang kawan seislam di facebook iaitu Mia Nursofiya Abdul Rahman. Aku hanya copy paste sahaja kisah beliau supaya keaslian kisah asalnya dijaga dan tiada ditokok tambah. Kepada yang sudah membaca kisah ini, harap dapat disebarkan lagi manakala yang pertama kali baca bolehlah jadikan iktibar sepanjang  hidup anda sebagai seorang muslim.

Pramugari Koma di tanah suci... MESTI BACA!!

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa \nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Saturday, September 25, 2010

Lawak Politik Indonesia


Kiranya anda ada masa terluang dan tak tahu nak buat ape di hari minggu ni moga video ni dapat menceriakan hari anda...



video
sumber youtube


p/s: agak-agak ade ke orang kat Malaysia nk wat video lawak cenggini ek?

Tuesday, September 21, 2010

Journey of a Life



Hargai kehidupan kita...


Dilahirkan tanpa secalit dosa

Membesar penuh keperluan

Belasan tahun dalam keriangan

Muda remaja dipenuhi gelak tawa

Kegemilangan yang menjadi perhatian ramai

Semakin meniti usia semakin dibiarkan

 Mengerah sisa-sisa kudrat terakhir

 Tidak lagi berguna hanya membawa beban

 Tiada di dunia terus sahaja dilupakan

Sunday, September 19, 2010

Sebulan Sudah Belog Ini


Layan je lah..




p/s: ketiadaan berukben telah mematikan mood aku untuk berblogging akhir2 nie..huhu

Friday, September 17, 2010

Wajah-wajah Kampongku


Tetiba aku rasa nak abadikan pemandangan di sekitar kampong aku...

Maka berbekalkan kamera henset yang berkualiti setakat 3.2 Mpixels, aku pun snap beberapa gambar yang telah menarik perhatian aku. 
Huhh..sungguh indah rasanya..

abaikan jalan yang x berapa nak lawa
pemandangan sebuah bukit..
bukit-bukau nun jauh..
rumah burung di tengah sawah..hurm
jalan di tengah2 bendang padi yang meluas
jambatan yang baktinya tidak lagi diperlukan...
lembu pun lembu lah
perahu tambang yang tidak jemu melintasi sungai kelantan setiap hari...
Ohh..indahnya matahari terbenam..

Thursday, September 16, 2010

Hiba Dalam Ria : Pembunuhan Sosilawati




Sepatutmya hari raya disambut dengan gembira bagi meraikan kemenangan selepas berpuasa sebulan. Namun raya kali ini digemparkan dengan kes pembunuhan perprofil tinggi yang sangat kejam – pembunuhan seorang jutawan. Sungguh tragis sekali, tidak cukup dengan lebih 200 kematian semasa Ops Sikap ke 22, belum reda dengan kes putus tangan akibat mercun, masih ade lagi kes yang cuba menukarkan hari raya sebagai hari kesedihan.

Aku tidak mahu mengulas panjang, kerana aku yakin sangat banyak sumber lain yang sedang mengulas satu per satu dan dengan tepat berkenaan kes tersebut. Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah sikap manusia itu sendiri. Manusia mudah terpedaya dan lalai dalam menjalankan kehidupan seharian. Macam pernah dengar ayat ni kan?

Berkenaan kes tersebut, dikatakan suspek utama adalah seorang peguam yang tersohor dan dikenali ramai di kawasannya. Bagaimana dia boleh dalangi kes yang sebegitu kejam sebagai seorang peguam berpengaruh?

Di sini kita perlu tahu dan ingat bahawa setiap manusia adalah tidak sama. Setiap orang ada sisi hitamya sendiri. Walau tersangat mulia seseorang itu, walau menjadi seorang imam atau ustaz sekalipun, apabila sisi hitamnya menguasai diri, maka terbitlah perbuatan yang dikategorikan jahat.

Jadi bagi mengelakkan kita menjadi mangsa kepada manusia sebegini, perlulah kita berwaspada dengan setiap orang di sekeliling kita, terutamanya kaum perempuan. Hatta orang tersebut telah kita kenali sejak kecil lagi pun, jangan mudah percaya bulat-bulat dan ikut sahaja apa yang dikata atas dasar kepercayaan. Apatah lagi apabila berdamping dengan seseorang bergelar teman lelaki yang sering mengendong atas motor dibawa ke mana sahaja, apabila sudah ‘dirosakkan’, mulalah sedar dan insaf, buat laporan polis. Tapi apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh diubah.

Sosilawati sendiri dikatakan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membawa wang tunai ke tempat kejadian dan membawa sekali peguam serta perunding kewangan peribadinya. Namun apakan daya, kudrat si penjahat lebih kuat lagi.

Sebelum kes Sosilawati gempar, satu kes yang hampir serupa telah berlaku hanya beberapa hari sebelumya. Seorang ustazah, Norliza Ishak dan anak lelakinya juga dibunuh dengan kejam. Sehingga hari ini, seorang suspek yang juga jirannya telah ditahan dan dikatakan mengaku salah atas pembunuhan tersebut. Hanya menunggu pengesahan pemeriksaan DNA sahaja. Selain dirompak, mangsa juga mempunyai tanda-tanda dirogol manakala anaknya diliwat. Dan alasan suspek memasuki rumah mangsa adalah kerana tertinggal kunci rumah, satu alasan yang biasa kita dengar. Lebih mengejutkan, suspek adalah seorang mualaf!

Sebagai seorang yang hidup berjiran, anda mungkin tidak menyangka kejadian sebegini akan berlaku bukan? Adakah anda yakin jiran anda tidak akan melalukan perkara sebegini?

Fokus utama aku adalah supaya kita sentiasa berwaspada dengan setiap orang. Bagi perempuan terutamanya, jangan mudah ikut orang lain kemana sahaja pergi. Paling tidak pun bawalah seorang teman. Anda tidak akan tahu apa yang bakal terjadi. Jangan menyesal di kemudian hari. Kerana apabila sudah terkena, walau anda menangis sehingga kering air mata sekalipun tidak sesekali mampu mengubah apa yang telah berlaku.

Ingatlah, walau rambut sama hitam, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

Akhir sekali sediki info yang aku kutip dari Berita Harian.

Psikopatik
  • Tidak sama dengan gila ( skizofrenia atau psikosis) kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan. Ia ditakrifkan orang gila tanpa gangguan mental.
  • Berdasarkan kajian pakar perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik dan amat sukar dikesan serta disembuhkan.
  • Dalam kegiatan jenayah, penghidap dikenali sebagai pembunuh, perogol dan perasuah. Lazimnya mempunyai penampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan.

Adakah anda mengenali orang yang mempunyai tanda-tanda di atas? Sangat bahaya kan..

Apapun, takziah buat semua ahli keluarga mangsa..


sumber gambar: Kosmo!

Tuesday, September 7, 2010

Eid Mubarak!



Selamat Hari Raya!

Sudah balik kampong blom? hehe. Maaf jika ada yang terasa, kot-kot adela kan..

Nampaknya inilah entri terakhir aku sebelom beraya, lepas raya xtau lagi masih mampu menulis atau tidak. Insyaallah akan ku teruskan. Jadi bersempena musim raya yang juga dikenali musim kahwin, aku ingin dedicate sedikit renungan bersama. Renung-renungkan...

ROMANCE MATHEMATICS
  • Lelaki pandai + perempuan pandai = romantik
  • Lelaki pandai + perempuan bodoh = hubungan cinta
  • Lelaki bodoh + perempuan pandai = perkahwinan
  • Lelaki bodoh + perempuan bodoh = kehamilan

OFFICE ARITHMETIC
  • Boss pandai + pekerja pandai = keuntungan
  • Boss pandai + pekerja bodoh = pengeluaran
  • Boss bodoh + pekerja pandai = promosi
  • Boss bodoh + pekerja bodoh = overtime

SHOPPING MATH
  • Seorang lelaki akan bayar RM5 untuk barang RM2 yang dia perlukan.
  • Seorang perempuan akan bayar RM2 untuk barang RM5 yang dia tak perlukan.

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
  • Seorang perempuan risau akan masa hadapannya sehinggalah dia mendapat seorang suami.
  • Seorang lelaki tidak pernah risau tentang masa hadapannya sehingga dia mendapat seorang isteri.
  • Seorang lelaki yang berjaya adalah seorang yang buat duit lebih banyak daripada apa yang isterinya boleh belanja.
  • Seorang perempuan yang berjaya adalah seorang yang boleh mencari lelaki seperti di atas.

HAPPINESS
  • Untuk menjadi gembira dengan seorang lelaki, anda perlu fahami dia sepenuhnya dan mencintainya sedikit sahaja.
  • Untuk menjadi gembira dengan seorang perempuan, anda perlu mencintai dia sepenuhnya dan tidak mencuba untuk memahaminya langsung.

LONGEVITY
  • Lelaki yang telah berkahwin hidup lebih lama daripada lelaki solo, tetapi lelaki yang telah berkahwin lebih ramai yang rela untuk mati.

APPEARANCE
  • Lelaki bangun dengan rupa sehensem mereka hendak tidur.
  • Perempuan bagaimanapun lebih teruk semasa hendak tidur.

PROPENSITY TO CHANGE
  • Seorang perempuan yang mengahwini lelaki mengharapkan lelaki itu akan berubah, tetapi tidak.
  • Seorang lelaki yang mengahwini perempuan mengharapkan perempuan itu tidak akan berubah, tetapi, berubah.

DISCUSSION TECHNIQUE
  • Seorang perempuan mempunyai kata-kata akhir dalam setiap pertengkaran.
  • Apa-apa yang lelaki katakan selepas itu adalah permulaan bagi pertengkaran yang baru.

COMPREHENSION
  • Terdapat dua fasa apabila lelaki tidak memahami seorang perempuan - sebelum kahwin dan selepas kahwin.

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED:

Beberapa orang makcik tua selalu datang kat saya dalam majlis perkahwinan, cucuk pinggang saya, dan beritahu, "Giliran awak lepas ni." Mereka berhenti daripada berbuat demikian selepas saya mula buat benda yang sama kepada mereka semasa acara pengkebumian.





Creds to Nena Gabbana 

Monday, September 6, 2010

New Look


Yeahh! Blog aku berwajah baruuuu. Apa yang barunya? Tuuu, kat atas tu, nampak? Haaa, tau la header je pun, bukan keseluruhan template blog jadi baru, tapi lawa ape, lagipun mana aku reti nak wat blog stailo-stailo nih.

Okeh, pasal header baru tu..

Terima kasih kepada owner blog Sorrow graphic novel yang telah membuat satu header yang cun menarik tertarik untuk blog ni. And guess what, its for free! (Sebenarnya dia buat 3 semuanya, yang lain tu nantilah aku pakai). Apalagi, terjahlah ke blog beliau, sambil baca-baca grafik novel beliau yang ummph, layannnnnn.

Camane aku boleh dapat header ni ada aku cite dalam post sebelom ni, jadi klo korang ade nak suh design header baru untuk blog korang, gi je mintak ngan dia. Dia takde marah punya. Tapi maybe bukan free lagi la kot. But hey, manatau klo korang pandai bodek, dengan diiringi sedikit luck, maybe korang dapat juga free. Selamat mencuba!

Oleh sebab aku suka nature, so aku mintakla dia buat header yang ada gambar nature. Sebab tu ada gambar bendang tuh. Pastu aku bagi jugak gambar aku n mintak jangan bagi clear sangat, malu...awww. Tapi korang tengok lah, terpampang muka aku sebesar-besarnya, aduishh. Tapi takpe lah, dia lupe nak wat kot. Harap takde orang cam aku, haha boleh plak camtu kan.Terima je seadanya..

Jadi sekarang secara officialnya header lama aku terpaksa dilupuskan. Walaupun tak berapa lawa tapi tetap ada nilai sentimental tersendiri kat aku. Wat sendiri tu, walaupun aku tak kreatif dan tak berpengetahuan pasal design mendesign ni.

Anda akan dirindui..hakhak

Sunday, September 5, 2010

Bayangan Maut




Lagi 4 hari untuk hari raya menjelma. Maka mulalah jalan raya dipenuhi kenderaan2 yang berlumba-lumba nak balik kampong memasing. Bermula semalam, aku yang senantiasa berada di dalam kedai bersebelahan jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai terperasan satu keadaan yang jarang-jarang berlaku - jam.

Ya, nampaknya orang-orang Kelantan di perantauan sudah mula balik kampong.

Susah sebenarnya mahu melihat jalan depan kedai aku ni jam, tapi semalam ianya betul-betul terjadi. Namun aku sudah boleh merasa lega kerana mereka sudah begitu hampir nak sampai ke rumah masing-masing, sudah berada di daerah Kota Bharu. Macamana sekiranya mereka terkandas di tengah jalan, dekat Gua Musang misalnya. Macamana sekiranya mereka menghadapi kecelakaan? Kerana jalan sekitar Gua Musang memang terkenal sebagai laluan maut.

Aku bukan ingin menakutkan. Cuma di musim perayaan ni, semua sudah sedia maklum apa yang bakal terjadi. Tiap-tiap tahun keluar berita yang mengupas benda sama - kemalangan maut. Walaupun setiap kali menjelmanya raya, Ops Sikap dilancarkan, namun setiap kali itu jugaklah kemalangan maut akan terjadi. Mengapa ianya berterusan berlaku?

Pelbagai sebab yang menyebabkan kemalangan maut sebenarnya telah lama dikenalpasti, dimana setiap orang telahpun hafal semuanya. Mengantuk, pandu terlalu laju, tidak memberi isyarat, bergurau senda semasa memandu..sehingga kepada brek kenderaan tak makan, tayar botak,angin kurang..namakan semuanya, dan mereka hanya angguk kepala, sudah bosan mendengar benda sama. Tapi sehingga hari ini ia masih berlaku, seolah-olah manusia ini dibekalkan dengan otak baru tiap-tiap tahun, input kosong. Atau mungkin perumpamaan masuk telinga kanan keluar telinga kiri adalah satu fakta yang jelas sebenarnya. Atau lebih tepat, manusia sentiasa lagho!

Bagi yang bernasib-baik, mereka hidup, samada cedera ringan ataupun hanya patah-patah tulang, takpun hilang anggota badan. Bagi yang tidak bernasib baik, terus menemui ajal, maut datang menjemput.

Jadi, bak kata slogan kempen keselamatan jalan raya, ingatlah orang tersayang. Opps..bukankah dengan mengingati orang tersayang semasa memandu juga boleh mendorong kepada berlakunya kemalangan? Haha betul kan? Makanya kerajaan patut tukar slogan menjadi 'jangan ingat orang tersayang' lah ye? Tak perlu aku bagitau yang mana betul yang mana salah, kamu yang waras patut boleh memikirkannya sendiri. Itupun jika kamu itu masih waras..

Akhir kata memandulah dengan cermat supaya nyawa selamat. Bagi yang balik dengan menaiki bas, rajin-rajin lah pergi ke sebelah driver dan bisik "pandu baik-baik ye pak cik". Itu je pun, supaya pak cik tu ingat yang dia bawak banyak nyawa. Anda pernah buat begitu? Tidak rasanya..

Selamat pulang beraya ke kampong masing-masing, dengan selamat.

Friday, September 3, 2010

Bayar Walau Takde Saman


 


Pagi tadi aku rasa semacam je. Pagi yang tidak seperti pagi-pagi yang lain, mendung memanjang. Apahal? Adakah malam tadi adalah malam lailatulqadar? Haha. Kalau betul malam lailatulqadar yang aku penah sebut aritu, memang rugi orang yang terlepas beribadat, huhu.

Tapi hari ni adalah hari yang ke 24 ramadhan, hari genap. Jadi mungkin bukan la kan. Tapi itu semua ketentuan Allah jua, Dia yang berhak menentukan. Harapnya lailatulqadar belom berlalu lagi, kerana diriku masih lagi dalam kerugian. Masih ada 6 hari lagi untuk ditempuh, hanya 6 hari untuk memperbanyakkan ibadat, lepas tu menyesal pun tak guna, tunggu tahun depan la jawabnya, itupun kalau diri masih bernyawa.
Ok, tutup mukadimah. Pergi kepada tajuk utama. Adakah korang sudah bayar? Haha, ini bukan iklan mengundi, "Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?". Takde kaitan pun.

Maksud aku bayar zakat. Ke korang tak penah tahu yang kita diwajibkan bayar zakat? Kalau yang bapak korang dah bayar tu ok lah, kira korang tak payah bayar sendiri lagi. Sebab bayar zakat adalah wajib, maka kita kena juga buat. Bayar zakat ni salah satu daripada rukun Islam, sama seperti mengerjakan solat 5 kali sehari semalam.




Bayar zakat bukannya susah pun kan. Pergi kat masjid mesti ada amil yang duk tunggu, takpun kat pasar ramadhan pun ada jugak, tapi bukan kat semua tempat la. Lagipun berapa je pun, purata setiap negeri dalam 7 ringgit, tu pun korang takleh bayar ke setahun sekali?

Kalau aku, sejak aku masuk skolah menengah dulu, bapak aku suh gi bayar sendiri. Bayar plak bukan kat amil a.k.a imam masjid kampong aku. Tapi bayar terus kat sorang fakir kat kampong aku. Sorang nenek yang duk sorang-sorang, sebatang kara, anak cucu semua keluar merantau. Tak kisah lah, asal zakat tertunai.

Kalau korang aku tak tau la boleh tak kalau bayar terus dekat pengemis atau peminta sedekah yang korang jumpa kat pasar. Sebab aku dengar cite, pengemis sekarang ada macam-macam, yang bersindiket pun ada. Jadi nak lagi selamat, bayar je dekat amil si pemungut zakat. Kemana duit zakat dihulurkan, itu dorang punya hal, sebab dorang yang diamanahkan.

So, bayarlah zakat sebelom terlambat. Kita diberi masa sebulan untuk tunaikan, lepas tu da tak boleh dah. Jangan nanti nak harapkan lebih afdhal, tunggu sampai masa antara solat subuh dengan solat sunat hari raya baru nak bayar. Tengok-tengok terlepas, kan naye. 

Ok, takat ni je aku membebel. Yang dah tau tu tak pe la, aku hanya cuba ingat-mengingati. Bayar jangan tak bayar, haha.

Chao...

Wednesday, September 1, 2010

Malaysia vs Indonesia



Salam kepada semua  warga. Pada entri kali ini aku ade 1 topik yang sedikit serius untuk dibincang. Tapi jangan terpengaruh dengan tajuk di atas, kerna tujuan utama aku buat tajuk yang sedemikian rupa semata-mata supaya korang membaca artikel aku ini sahaja.
Sejak  2 hari yang lalu, blog aku dikunjungi blogger-blogger dari Indonesia, walaupun tidaklah ramai.
Aku tidak kisah, aku juga telah mengunjungi balik ke blog mereka. Aku dapati tidak ada yang bezanya penulisan mereka berbanding blogger-blogger dari Malaysia, kecuali sedikit perbezaan bahasa. Itu memang semua sudah sedia maklum.
Tetapi kunjungan tersebut telah memberikan aku inspirasi  untuk menulis entri ini. Ini kerana aku dapati begitu banyak isu yang ditimbulkan antara kedua-dua negara berjiran ini. Di forum-forum, mereka hanya tahu bertelagah, saling mengutuk antara satu sama lain, walaupun hanya kerana sebuah isu yang kecil.
Seperti yang kita semua sedia maklum, hubungan Malaysia-Indonesia tidak pernah diam, ada sahaja isu yang akan dibangkitkan. Sehingga hari ini, masih ada lagi isteri nelayan Malaysia yang mendakwa suami mereka ditahan penguasa Indonesia, atas kesalahan menceroboh sempadan perairan, walaupun dikatakan menggunakan system GPS terkini, yang tidak mungkin memberi maklumat yang salah.
Berkaitan dengan isu tersebut, baru-baru ini kita menerima berita yang sedikit gempar, walaupun tidak segempar banjir besar di Pakistan, walhal jauh sekali, iaitu apabila kedutaan Malaysia di Indonesia dilontar najis. Aku terfikir, kenapa orang Indonesia tergamak bertindak sampai begitu keji sekali, tidak bertamadunkah mereka? Dan tidak lama kemudian, Putera UMNO menghantar memorandum bantahan, adakah itu dikira kita cukup bertamadun? Aktiviti demonstrasi dengan melontar najis serta membakar bendera itu dikatakan dirancang oleh kumpulan ‘Bendera’, pergerakan yang sedikit ektreme, kalau di Malaysia lebih kurang seperti ‘Perkasa’.
Kita pergi kepada sebab kenapa mereka berdemostrasi sampai sedemikian rupa. Aku difahamkan, kejadian bermula dengan nelayan Malaysia ditangkap kerana memasuki perairan Indonesia, kemudian polis Marin Malaysia menahan pula penguatkuasa Kelautan dan Perikanan Indonesia yang telah menahan nelayan Malaysia tersebut, atas sebab urusan siasatan. Jadi kejadian tersebut telah menyebabkan orang Indonesia marah kerana menganggap ia telah menjatuhkan maruah Indonesia. Lalu terjadilah demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia. Aku sendiri tidak bersetuju dengan tindakan polis Marin Malaysia. Sepatutnya ia terus disampaikan kepada pihak kedutaan, bukannya dengan menahan penguatkuasa mereka. Akhirnya kesemua nelayan tersebut dibebaskan, samada mereka bersalah atau tidak, itu tidak diketahui, ada yang berkata hanya salah faham.
Tapi kenapa rakyat Indonesia khususnya ‘Bendera’ begitu membenci Malaysia? Hanya disebabkan salah faham yang sebegitu kecil, tidak bolehkah kita berbincang secara baik tanpa bertindak ektreme? Masa kat sekolah menengah dulu, cikgu aku pernah bagitahu, orang Indonesia suka dengki dengan Malaysia, sebab Malaysia lagi maju, sama seperti orang Malaysia dengki dengan Singapura. Betulkah?
Kenapa mesti ada jurang permusuhan antara kedua-dua negara? Kes Tengku Temenggung Kelantan dengan Manohara dulu pun sebegitu. Ia menjadi isu panas buat surat khabar kedua-dua negara. Pelbagai tohmahan dan kutukan dibuat kedua-dua belah pihak. Ada yang mengatakan Manohara betul-betul didera tengku temenggung, namun ada juga yang mengatakan ibu Daisy yang tamakkan harta dan demi mengelak membayar balik,  membawa kepada perlakuan Manohara melarikan diri balik ke Indonesia. Akhirnya isu tersebut diam begitu sahaja, tiada lagi protes dari rakyat Indonesia.
Isu tarian pendet juga tidak kurang bahangnya. Tersebar seluruh Nusantara bahawa Malaysia telah mengklaim tarian pendet yang berasal dari Bali sebagai kebudayaan Malaysia. Ia terbukti di dalam video klip promosi Malaysia. Maka banyaklah demonstrasi diadakan di Indonesia. Kumpulan buluh runcing pun tertubuh, dengan misi mengusir keluar pelajar Malaysia di Indonesia, malah ada yang dikatakan akan menyerang Malaysia, bersenjatakan buluh runcing? Akhirnya fakta sebenar diketahui, ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel yang memasukkan elemen tarian pendet dalam klip tersebut.
Soalnya di sini, mengapa harus cepat melatah, berdemonstrasi tanpa usul periksa? Selepas kejadian tersebut, Malaysia digelar maling atau malingsial. Ertinya pencuri, bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia. Pada aku tidak terasa pun, kerana aku tidak pernah guna perkataan tersebut, harapnya tak ada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Di sebalik itu, orang Malaysia tanpa sedari sering menggunakan perkataan ‘indon’, bagi menggantikan perkataan Indonesia. Aku juga sering menggunakan ‘indon’, kerana lebih senang disebut, tanpa berniat untuk menghina rakyat Indonesia. Tapi aku difahamkan, orang Indonesia sangat terasa dengan nama ‘indon’. Jadi beringatlah rakyat Malaysia, berfikir dahulu sebelum berkata sesuatu.

Selain itu, orang Malaysia juga sama sahaja sifatnya, cepat menuduh, tanpa usul periksa. Apabila TV3 siarkan berita jerebu di ibu negara, yang datangnya jerebu tersebut dari Indonesia, maka Indonesia disalahkan. Padahal, kita tidak sedar, yang membuka ladang, yang menyebabkan jerebu, adalah pelabur Malaysia.
Kita sebenarnya saling memerlukan. Tidak ada gunanya saling bermusuh, hanya kerugian yang akan kita terima. Malaysia perlukan buruh Indonesia, untuk meneruskan pembangunan, perlukan bibik-bibik, jika tidak setiap ibu di Malaysia hanya menjadi suri rumah kekal. Indonesia memerlukan pelabur Malaysia, untuk pembangunan ekonomi, juga perlukan pekerjaan bagi warganya, supaya kurangnya pengangguran.
Salute kepada mereka yang bekerja demi sesuap nasi    -google-

Jadi ayuh kita semua, blogger-blogger mahupun pembaca blog ini, tak kira dari Malaysia atau Indonesia, menyedarkan sesama kita, supaya kita saling membantu. Jangan ada lagi fikiran racist, kerana kita adalah sama sahaja. Penjajahan yang telah memisahkan kita. Akibat daripada perjanjian British-Belanda, sempadan terbentuk, maka kita terpisah.
Lupakan sejarah lampau, bersama bergabung, demi masa depan.

Selamat Hari Kemerdekaan buat Malaysia dan Indonesia.




Related Posts with Thumbnails